Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbualan dengan Raja Matahari, Bahagian 12 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Jadi hargailah hidup anda yang berharga dan peluang berada di Bumi sini. Cari Guru bermakrifat, uji Dia jika anda mahu, atau lihat ke dalam dan khusyuk berdoa kepada Tuhan, Buddha agar memimpin anda kepada Guru sebenar yang baik, Guru yang benar-benar bermakrifat. Dia dapat beri pembebasan kepada anda kerana Dia takkan hanya mengajar anda secara fizikal dengan kata-kata mulut, maksud saya bahasa fizikal, tetapi Dia juga menaikkan anda di dalam dan mengajar anda bahasa Syurga, Melodi (Syurga dalaman), Melodi Abadi yang akan menarik anda ke atas Syurga, secara perlahan-lahan, Syurga rendah, kemudian Syurga tinggi akhirnya. Kemudian jika Guru itu agung, Dia sudah ada alam yang dicipta untuk anda, untuk orang yang ada jenis frekuensi yang serupa dengan anda. Jadi anda sangat bertuah jika dapat carinya.

Tetapi adalah sukar hari ini kerana ini hampir seperti zaman akhir dunia. Pada masa ini, ada banyak pencemaran, bukan sahaja fizikal tetapi juga psikologi mental, emosi, segala jenis ilusi, segala jenis pencemaran, segala jenis racun yang benar-benar heret anda ke bawah hingga begitu rendah. Sebab itulah Guru agung turun ke sini pun, anda tak dapat faham dan tidak percaya. Sebab itulah dunia kita menjadi seperti sekarang, begitu banyak bencana kerana sama ada anda tidak dengar kata-kata Guru dan ambil bahagian dalam pembunuhan manusia lain dalam peperangan ini, berperang atau secara peribadi, secara individu berperang dengan orang untuk mengambil harta benda, hartanah atau isteri, anak mereka, atau hanya untuk buat orang itu mati atau jatuh, hanya untuk ego sendiri atau racun, kejahatan anda sendiri.

Jadi dunia adalah besar tetapi mana-mana Guru pun hanya boleh ada sangat sedikit anak murid berbanding dengan populasi dunia. Di India, mereka kata jika Guru bernasib baik, Dia akan ada satu anak murid sejati – satu anak murid sejati saja. Bayangkan itu. Saya bertuah ada banyak orang yang baik dan anak murid yang benar-benar mulia kerana mereka datang dari Syurga tinggi, turun ke sini khasnya hanya untuk bekerja bersama saya dalam misi ini bagi membaiki dunia. Kita buat apa yang boleh tetapi tak bermakna kita turun ke sini, kemudian akan berjaya. Ya, sebahagiannya, tetapi manusia sendiri perlu sedar, perlu beri sumbangan. Sama seperti doktor terbaik di dunia dapat menyembuhkan anda hanya jika anda makan ubat.

Doktor tak boleh memaksa anda makan ubat atau menjalani pembedahan jika anda tidak benarkan. Di setiap negara, sama juga. Sekurang-kurangnya pasangan, penjaga yang bertanggungjawab, ibu bapa atau saudara-mara anda perlu tandatangani kebenaran utk anda. Jika anda tidak sedarkan diri seperti pengsan atau sesuatu, hanya pada waktu itu baru akan anda diselamatkan dengan serta-merta, tanpa kebenaran pun. Mereka ambil kad pengenalan dari kocek anda dan sebagainya dan menjalankan pembedahan. Jika itu kecemasan, maka dalam keadaan itu, ia dibenarkan. Tetapi apabila anda dah sedarkan diri, anda tetap perlu menandatangani dokumen kebenaran anda, sesuatu macam itu.

Sama juga, Santo turun ke sini, cuba membantu anda tetapi hanya dibenarkan untuk bantu orang yang terdesak, berdoa kerana Dia tak boleh pergi dari pintu ke pintu dan berkata, “Hei, saya seorang Santo di sini! Keluarlah, saya akan ajar kamu sesuatu dan menyelamatkan kamu. Saya akan beri pembebasan kpd kamu.” Mereka akan mengetawai anda. Jika mereka tidak memukul, membunuh atau menghalau anda dengan kejam, maka anda dah bertuah. Hingga kini, kebanyakan Guru mati dengan kejam sekali, sangat... Ya Tuhan!

Bayangkan anda ialah Anak Tuhan dan turun ke sini. Mereka menendang anda macam itu, memukul anda macam itu dan memaku anda hidup-hidup macam itu pada kayu salib. Ya Tuhan! Dan kononnya wakil anda sendiri pun, seperti paus Francis, contohnya, memfitnah anda secara terbuka di khalayak ramai untuk didengari oleh seluruh dunia atas penderitaan yang perlu anda alami untuk menyelamatkan sebilangan orang, sebilangan roh, tidak banyak pun, tetapi anda dah perlu begitu banyak menderita, dan wakil anda mengambil gereja anda sendiri, ajaran anda, prestij anda, dan memfitnah anda, memanggil anda sebagai pagan atau orang yg gagal, tiada kata-kata dengan rasa hormat kepada anda. Ya ampun. Bayangkan itu?

Tetapi sesetengah orang masih nak jadi Guru. Anda meniru gaya saya dan hanya blah-blah, tiada sebarang kuasa dalaman, apa-apa pun. Mrk ingat menjadi Guru adalah senang! Ya Tuhan! Jika anda benar-benar ialah Guru, maka anda akan tahu. Tiada kata-kata untuk gambarkan segala kesakitan, penderitaan dan kerosakan kepada reputasi anda. Apa-apa yang anda bayangkan tiada sesiapa yang mahukan, anda perlu memikul, menerimanya, suka atau tidak.

Anda baca semua sejarah dan tak banyak Guru dapat hidup dengan begitu senang. Meskipun tidak dibunuh atau difitnah secara terbuka, Mereka tidak jalani kehidupan yg baik. Ketika masih hidup, Mereka akan alami kesusahan ini dan itu penyakit ini, penderitaan ini, segala-galanya yang Mereka tahan secara senyap demi anda, demi pembebasan roh. Begitu pun, Mereka dapat menarik berapa banyak orang? Seperti Guru besar, agung di India di mana lebih selamat untuk jadi Guru, kita tetap mungkin mendapat beberapa ratus ribu orang saja, maksimum. Dalam kalangan mereka, dalam bilangan ini, berapa banyak ialah anak murid sejati? Byk orang datang hanya utk mendapat berkat, kemudian tidak benar-benar hormati ajaran Guru, tidak benar-benar begitu. Saya harap hari ini mereka hormatinya kerana kita tiada masa yang mencukupi untuk bertaubat pun.

Jika anda tidak bertaubat sekarang dan benar-benar dengar ajaran Guru, maka anda akan terlaknat. Anda boleh pergi ke neraka meskipun anda ada Guru. Jika anda buat apa-apa untuk menentang Guru, bertentangan dengan ajaran-Nya, maka anda pasti akan pergi ke neraka. Sebaik saja anda mati, anda akan pergi ke neraka kerana hukum dunia fizikal tidak melepaskan sesiapa pun. Mereka lihat kehidupan dan rekod anda – semuanya dirakamkan, seperti filem. Jadi tiada sesiapa yang boleh terlepas. Anda tak boleh menafikannya kerana semuanya telah dirakamkan, seperti seseorang membuat video kehidupan anda setiap saat. Setiap nanosaat dalam hidup anda, semuanya di sana, dirakamkan. Anda akan sendiri lihatnya dan akan tahu, “Ya, saya lakukan itu, saya lakukan ini.” Anda tak boleh menafikannya.

Dahsyatnya dunia ini. Saya harap tiada satu pun drpd anda berada di sini. Tetapi jika kita mengubah semuanya, maka segalanya akan menjadi subur, cantik, banyak, amat banyak semula. Anda akan menikmati hidup fizikal. Mengapa tidak? Jika anda suka berada di dunia ini, mengapa tidak? Jika anda ingin terus menjadi manusia, mengapa tidak? Anda hanya perlu menjadi lebih baik dalam hidup anda. Anda perlu hidup dalam persekitaran di mana anda lebih sihat, lebih ceria dan segalanya yang anda hasratkan menjadi kenyataan. Ini seperti orang yang hidup dalam badan fizikal tetapi di dalam Bulan atau Matahari. Atau sesetengah orang tinggal di dalam planet ini. Mereka juga hidup dengan baik. Mereka hidup lama, selama beratus-ratus atau beribu-ribu tahun. Ini boleh kerana mereka hidup mengikut hukum alam semesta fizikal.

Bukanlah Tuhan yg menghukum anda. Anda sendiri yang menariknya. Kehidupan anda adalah baik – anda menariknya, sama ada daripada pahala hayat lampau yang tertinggal atau dalam hayat ini anda orang yg baik. Jadi kita menarik apa yg kita wujudkan. Jadi ingatlah akan itu. Tolong berpatah balik sekarang, menjadi orang yang anda harap orang lain jadi, menjadi orang yang anda harap orang lain akan perlakukan anda, diperlakukan dengan kebaikan hati, kasih sayang. Anda menjadi itu. Anda perlakukan orang dgn kebaikan hati, kasih sayang. Anda tidak harapkan Syurga. Anda membuat Syurga, sekurang-kurangnya dalam fikiran, dalam hati dan dalam keluarga anda. Saling berdamai, sentiasa saling memaafkan dan sentiasa ingat supaya memuji Tuhan, cintai Tuhan, bersyukur dan berdoa kepada Tuhan.

Apabila saya kata ‘Tuhan’ sekarang, ia boleh bermakna Tuhan Yang Maha Berkuasa saja atau Tiga bersama, Tiga Yang Bersatu Semula: TUHAN, Anak TUHAN dan Tim Qo Tu, Guru Tertinggi. Mereka adalah Tiga tetapi Mereka adalah Satu. Ini sukar nak jelaskan tetapi seperti sebuah keluarga, saya dah beritahu anda, keluarga kaya yang ada beberapa anak lelaki atau satu anak perempuan, satu anak lelaki. Mereka keluar, menubuhkan perniagaan sendiri dan sendiri membuat duit daripada wang modal yang diberikan kepada mereka oleh bapa, ibu mereka. Daripada itu, mereka menubuhkan perniagaan sendiri. Mereka memperoleh semakin banyak, jauh lebih banyak lagi. Tetapi suatu hari nanti mungkin si bapa mahu mereka kembali bersama, kumpulkan semua wang supaya dapat melabur dalam perniagaan yang lebih besar. Faham apa yang saya katakan? Boleh macam itu.

Jadi Mereka dapat menyalurkan Kuasa kepada Diri Sendiri, sebagai Diri individu dan sudah berhubungan, bersambung dengan dunia fizikal dan ada kakitangan fizikal seperti anak murid Mereka, orang yang diinisiasi oleh Mereka, maka lebih berkuasa, lebih dapat berhubungan, bersambung dengan orang dan makhluk fizikal di dunia ini. Jika tidak, Tuhan tak perlu hantar Nabi Isa ke bawah sini untuk begitu banyak menderita kerana dunia ini adalah kejam. Pada zaman dahulu, lagi teruk, tiada undang-undang. Raja ialah nombor satu. Jika kita sebut satu perkataan, kita mati. Kepala kita dipancung. Jika kita sebut satu perkataan, kita menjadi megah, berkedudukan tinggi, dihormati dan segala-galanya.

Hari ini, bukan semua negara adalah bebas dan hormati agama tapi sekurang-kurangnya sesetengahnya ada undang-undang, dan sesetengahnya ada kebebasan beragama, peraturan, jadi hari ini lebih senang untuk bernafas atau percayai sesuatu. Tapi seperti yang saya dah kata, anda bacanya dalam berita di mana-mana saja, hari ini pun orang masih menindas orang Kristian di sesetengah negara bersekatan. Mungkin negara itu hampir semuanya Muslim. Jadi jika anda orang Kristian di sana, berhati-hatilah. Banyak orang dibunuh di negara-negara yang berlainan. Jika anda ialah penganut Buddha, Muslim, orang Kristian atau penganut mana-mana agama yang lain tetapi tidak sama dengan majoriti orang di negara anda diami, maka anda berhati-hatilah, sangat berhati-hati, sangat senyap. Hanya anda sendiri percayainya, berdiam, tidak dedahkannya. Maka mungkin anda dapat terus hidup atau hidup anda lebih selamat dan selesa.

Semoga maju jaya kepada anda semua yang percayai sesuatu doktrin, sesuatu sistem, Tuhan Nabi Isa atau Buddha. Jagalah diri baik-baik. Berdoa agar karma anda tidak ganggu kepercayaan anda dan biar anda hidup. Berdoa kpd Tuhan agar lindungi anda. Berdoa kpd Tim Qo Tu agar bantu anda. Berdoa kepada Nabi Isa agar kasihi dan membimbing anda. Tiga ini paling boleh diharap buat masa ini. Itu saya tahu, pasti, pengetahuan dalaman. Tetapi jika tidak, dah tentu, jika anda tidak percaya kepada saya kerana peringkat anda begitu berbeza, mungkin begitu rendah, maka saya tak dapat buat apa-apa untuk anda. Saya hanya berdoa agar Tuhan akan kasihi anda, lindungi anda, dan Nabi Isa akan menyokong anda, Tim Qo Tu, Guru Tertinggi juga akan bantu anda, berkati anda dengan sebarang cara yang mungkin. Amin.

Syukur kepada Engkau, Tuhan. Terima kasih, Nabi Isa. Terima kasih, Guru Tertinggi Tim Qo Tu. Tolonglah manusia dan semua makhluk di sini, melangkaui pahala mereka, melangkaui kelayakan mereka kerana mereka ialah mangsa. Tuhan yg dikasihi, mereka ialah mangsa. Mereka begitu lemah di dunia yang tidak seperti Syurga di mana Engkau berada ini. Tolonglah berbelas kasihan. Tolonglah, Tuan, Tuanku. Terima kasih. Semoga Engkau juga gembira dan bangga dengan anak-Mu, sebanyak mungkin. Semoga mereka kembali kepada Engkau dalam keadaan baik atau mungkin sekurang-kurangnya Engkau menempatkan mereka di Syurga di luar Tiga Alam supaya mereka akan bebas selama-lamanya dan belajar dgn perlahan-lahan untuk menaik semakin tinggi. Makhluk tinggi di Syurga tinggi. Terima kasih, Tuanku, Engkau semua. Terima kasih, semua Santo dan Orang Suci yang bantu manusia dan makhluk lain di planet ini. Aku ucapkan terima kasih kepada Engkau semua yang terlibat dgn sepenuh hati, segala kasih sayangku, segala pemujaanku. Amin.

Photo Caption: Semuanya Ingin Sampai kepada TUHAN Akhirnya

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (12/12)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-27
5103 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-28
3938 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-29
3556 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-30
3214 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-31
3530 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-01
3254 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-02
2878 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-03
2750 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-04
2884 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-05
3180 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-06
3018 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-07
2811 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
536 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
310 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-07-05
223 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-05
555 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
739 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-04
961 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android