Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Perbualan dengan Raja Matahari, Bahagian 11 daripada 12

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Sekarang kita perlukan mereka (makhluk Matahari) juga. Mereka juga menjaga planet kita dari satu segi, dah tentu, belum kata lagi aspek spiritual tak nampak: Mereka beri kepanasan kepada kita. Tanpa Matahari, saya tak tahu sama ada apa-apa akan bertumbuh atau sama ada manusia dapat hidup lama dalam keadaan minda dan badan yang sihat. Jadi kita terhutang budi besar kepada Matahari – hutang budi yang sangat, sangat besar – belum kata lagi Guru lain yang hidup dalam keadaan Makrifat Tertinggi. Mereka berkati planet kita, cuma karma kita terlalu, terlalu, terlalu berat. Kita melitupi diri dengannya. Jadi banyak berkat tak dapat menembusinya. Sebab itulah manusia tidak rasai Kasih Sayang Guru, Tuhan Yang Maha Berkuasa, Anak Tuhan, Guru Tertinggi, contohnya.

Ini masalah besar kita, jadi manusia harus lebih banyak berdoa kepada Tuhan atau Tiga Paling Berkuasa dalam Satu. Hanya doakan makrifat, doakan ketenangan, bukan untuk benda kecil peribadi yang takkan bertahan akhirnya. Hanya ketenangan dalam hati, makrifat akan membantu anda menaik lebih tinggi lagi. Itu apa yang perlu kita harapkan dan doakan. Benda lain takkan bantu anda pada akhir zaman dunia yang bergolak ini. Dunia ini tak perlu berakhir. Kita dapat kawalnya dalam tangan kita. Hanya bersifat baik, berakhlak mulia, taat kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa, kepada Anak Tuhan. Doakan makrifat dengan khusyuk supaya anda menemui Guru terbaik. Kemudian anda boleh belajar dengan Dia dan menjadi bebas. Saya dah beritahu anda sesetengah drpd Mereka.

Jadi jagalah status spiritual anda baik-baik supaya boleh bebas selama-lamanya. Anda masih boleh kembali ke dunia ini selepas itu jika mahu. Jika dunia ini masih wujud, anda masih boleh kembali dari peringkat pencapaian spiritual yang tinggi. Tetapi jika anda tiada pencapaian spiritual, anda tak boleh pergi ke mana-mana tempat pilihan anda. Anda hanya akan dilahirkan semula secara berulangan dalam keadaan teruk di dunia ini, alam selepas mati, neraka atau tempat-tempat lain yang dahsyat mengikut karma anda. Tiada sesiapa yang dapat bantu anda. Karma akan bawa anda ke mana-mana yang sepatutnya. Oleh sebab anda ada Tuhan di dalam, anda memutuskan semua itu. Cuma di domain fizikal, anda terlalu lemah. Anda tidak melawan balik. Perhatian anda begitu banyak dialihkan. Segala perhatian anda, usaha spiritual anda dialihkan ke semua arah disebabkan oleh hiburan dunia ini, membuang terlalu banyak masa sehingga anda tidak capai sebarang ketenangan dan kemegahan yang berkekalan.

Tolonglah cuba. Menjadi vegan. Berdoa kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa. Berdoa kepada Tiga Paling Berkuasa untuk makrifat dan pembebasan anda. Jika anda benar-benar ikhlas, dengan rendah diri memohon pengampunan dan pembebasan, maka Guru akan tahu. Mereka akan cuba bantu anda. Mungkin anda belum mendapat makrifat terbesar tetapi anda akan bermakrifat dalam roh anda. Dari situ, anda boleh terus berkembang lagi dengan Berkat semua Guru, Anak Tuhan dan Tuhan Abadi sendiri. Saya harap anda memperoleh semua itu. Saya harap semua manusia dan semua makhluk di planet ini dan Alam Semesta memperoleh itu.

Ingatlah akan Tuhan. Meskipun anda tak nampak Dia, tak dengar firman-Nya disebabkan beban karma anda, teruslah berdoa dan percaya saja. Jika anda tidak temui mana-mana Guru, percayalah kepada Tuhan, terus berdoa kpd Tuhan Yang Maha Berkuasa atas apa-apa saja – itu dapat bantu anda. Usah begitu banyak pedulikan dunia penuh tawaran material ini kerana ia takkan berkekalan. Lagi banyak anda berjaya di dunia ini lagi berkemungkinan anda jatuh ke peringkat yang lebih rendah disebabkan oleh keangkuhan, ego, kejayaan. Anda boleh berjaya. Anda boleh miliki perniagaan besar, kemasyhuran besar, nama besar, kekayaan besar tetapi jangan lupa bersyukur kpd Tuhan, jangan lupa berdoa kepada Tuhan untuk pembebasan. Makrifat dan pembebasan ialah satu-satunya benda yang anda perlukan. Apa-apa yang lain akan datang bersama, atau tidak datang bersama sebagaimana yang anda mahukan tetapi segalanya akan datang bersama dengan yang paling baik untuk anda, untuk hidup abadi anda.

Tolonglah, jangan terlalu megah jika anda orang yang berjaya di dunia ini kerana itu sangat berisiko. Anda tak dapat elakkan ego besar, keangkuhan besar. Dua ini ialah musuh anda. Ia boleh hancurkan anda. Bukan kejayaan, tetapi keangkuhan, ego daripadanya. Lagi tinggi kejayaan lagi tinggi ego dan keangkuhan. Tetapi anda takkan perasannya. Ia datang sedikit demi sedikit dan hari-hari berlalu dalam hidup anda. Ia akan sentiasa bertambah. Daripada tambahkan kepercayaan, rasa syukur kepada Tuhan serta makrifat, pembebasan anda, ia tambahkan kejatuhan anda kerana kuasa negatif akan pergunakannya untuk mengheret anda semakin ke bawah. Tolonglah, saya bercakap benar kepada anda demi kepentingan anda. Sangat merendah diri, sangat banyak berdoa, sangat ikhlas dalam mengingati Tuhan dan rasa syukur kepada Tuhan. Doakan makrifat, ketenangan, pembebasan. Amin. Semoga anda berjaya dalam itu. Semoga anda berjaya.

Seperkara lagi, bukanlah saya terlupa memberitahu anda nama Raja Matahari, cuma Dia lebih suka tidak diketahui buat masa ini, mungkin pada masa depan, mana tahu. O ya! Saya juga tanya orang Matahari, “Apa yang engkau buat sepanjang hari jika engkau tidak makan, dan tiada banyak perkara untuk dibuat?” Mereka kata, “Oh! Kami sentiasa ada perkara untuk dibuat, atau boleh pergi melawat dunia lain, jumpa dgn kawan di kawasan kejiranan, bintang, atau bulan dan matahari lain dalam sistem lain.” Senang untuk mereka pergi ke mana-mana saja mereka mahu kerana mereka tiada karma untuk ikat mereka di mana-mana pun. Mereka memutuskan untuk tinggal di Bulan atau di dalam Matahari dengan pilihan sendiri kerana ada pahala yang mencukupi untuk memilih apa yang mereka mahu dan di mana mereka nak diami. Adalah baik macam itu,

manakala kita manusia tiada pilihan. Kita terpaksa berada di sini, malah khuatir mungkin kita tak dapat berada di sini kerana jika sesuatu terlalu banyak merosakkan ozon atau medan magnetnya, maka mungkin graviti akan dirosakkan juga. Kemudian jika tiada graviti, kita semua akan terbang ke atas dan meledak di sesuatu tempat di udara. Jadi kita memang tak berdaya. Manusia tak berdaya. Banyak orang tak tahan walaupun mereka nak berada di sini untuk lulus banyak ujian, untuk menaik lebih tinggi ke Peringkat Santo dan Buddha. Tetapi biasanya mereka gagal, atau tahap maksimum yg dapat mereka capai adalah menjadi seperti raja syaitan atau ketua syaitan, sesuatu macam itu. Buddha telah terangkan ini dengan jelas sekali dalam Kitab Śūraṅgama. Saya dah baca sebahagiannya utk anda, saudara seamalan. Jika mahu, anda boleh baca sekali lagi.

Tetapi menjadi Buddha adalah sangat, sangat sukar. Anda menempuh beribu-ribu, berjuta-juta jenis ujian oleh maya atau malah oleh malaikat dari syurga rendah. Tetapi jika anda benar-benar ikhlas, ingin menjadi Buddha dan beramal dengan baik, maka barangkali mereka bantu anda secara diam-diam, sesetengah daripada mereka. Tetapi biasanya menjadi Buddha taklah begitu senang.

Banyak Buddha, contohnya Buddha Shakyamuni sudah pun merupakan Buddha sangat, sangat lama dahulu. Kita tak dapat ingat pun. Sebelum zaman dahulukala, Mereka sudah pun merupakan Buddha. Tetapi disebabkan oleh sumpah besar, kasih sayang besar dan belas kasihan besar, Mereka masuk ke dalam dunia fizikal untuk lahir semula sebagai manusia atau malah sebagai orang-haiwan untuk menjalin pertalian dengan dunia rendah, dunia rendah ini supaya Mereka dapat bantu mereka. Tanpa pertalian, tanpa hubungan dengan makhluk di planet ini, meskipun kita ialah Buddha, kita tak dapat bantu mereka. Kita tak dapat. Kita perlu menjalin pertalian, buruk atau baik pun, bergantung kepada sumpah kita atau situasinya, apa yang maya benarkan untuk dibuat di sini.

Buddha pun perlu hormati peraturan maya di sini, tak begitu senang. Jadi anda boleh baca kitab Buddha, berapa banyak kali yang tidak terkira Baginda perlu menjadi makhluk-makhluk yg berlainan di Bumi, malah orang-haiwan, jenis-jenis orang-haiwan yang berlainan dan/atau raja, pembesar atau saudagar. Sangat susah macam itulah untuk bantu makhluk di planet ini kerana kita pergi ke kawasan serendah mungkin di alam semesta, kecuali neraka, dah tentu. Jadi hargailah hidup anda yang berharga dan peluang berada di Bumi sini.

Cari Guru bermakrifat, uji Dia jika anda mahu, atau lihat ke dalam dan khusyuk berdoa kepada Tuhan, Buddha agar memimpin anda kepada Guru sebenar yang baik, Guru yang benar-benar bermakrifat. Dia dapat beri pembebasan kepada anda kerana Dia takkan hanya mengajar anda secara fizikal dengan kata-kata mulut, maksud saya bahasa fizikal, tetapi Dia juga menaikkan anda di dalam dan mengajar anda bahasa Syurga, Melodi (Syurga dalaman), Melodi Abadi yang akan menarik anda ke atas Syurga, secara perlahan-lahan, Syurga rendah, kemudian Syurga tinggi akhirnya. Kemudian jika Guru itu agung, Dia sudah ada alam yang dicipta untuk anda, untuk orang yang ada jenis frekuensi yang serupa dengan anda.

Photo Caption: Musim Panas Roh Sentiasa Menyeronokkan

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (11/12)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-27
5075 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-28
3922 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-29
3534 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-30
3194 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-05-31
3507 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-01
3230 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-02
2854 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-03
2727 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-04
2856 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-05
3157 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-06
2983 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-07
2774 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
147 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-04
215 Tontonan
1:26
Filem Pendek
2025-07-03
910 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-07-03
269 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-03
943 Tontonan
Filem Pendek
2025-07-02
806 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-02
912 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-02
146 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android