Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Betapa Senangnya utk Menyelamatkan Diri Anda!! Bahagian 1 daripada 15

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Halo. Apa khabar, semua? Saya harap anda semua sejahtera kerana bukan senang nak rasa sejahtera sekarang ini. Saya juga. Saya nak bercakap dengan anda sebagai seorang kawan, seorang warga dunia yang lain, beritahu anda apa yang saya buat, bgmn perasaan saya. Tetapi bukan senang sekarang ini.

Saya nak beritahu anda beberapa perkara baik dan perkara yang saya buat. Tapi adalah menyedihkan apabila saya perlu lihat berita bagi mencari berita baik untuk anda dan memilih berita yg berguna utk anda seperti petua untuk kesihatan anda dan bagaimana orang gunakan bahan apa untuk menyembuhkan penyakit mereka tanpa ubat kerana kadangkala ubat menakutkan anda. Sentiasa ada kesan sampingan, dan bukan semua orang mampu membeli ubat pun. Majoriti orang di dunia tidak kaya. Majoriti kecil kadangkala mesti tak pedulikan kesakitan dan penyakit kerana mereka tidak mampu jumpa doktor, atau di banyak negara, mereka tak berhak untuk pergi ke hospital jika mereka tak berduit. Macam itulah.

Sangat menyedihkan bagi saya melihat dunia di sekeliling kita kerana tiada apa-apa yang saya suka – tiada apa-apa yang saya mahu orang diami, terima, rasa gembira dan puas. Kerana mereka hanyalah rakyat biasa dan banyak daripada mereka berada di bawah garis kemiskinan, malangnya. Ada banyak NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan organisasi swasta yang sangat banyak membantu dalam jenis-jenis bidang yg berlainan – kewangan, bekalan makanan, perumahan – tetapi tak pernah cukup. Juga kerana populasi manusia semakin meningkat dgn memeningkan. Kadangkala saya lihat makanan yang mereka makan atau di restoran, saya lihat begitu banyak makanan yg kita perlukan, begitu banyak perasa makanan dan segala jenis bahan yang diminta oleh orang untuk rasa yang enak. Saya tertanya-tanya bagaimana planet kecil kita dpt bekalkan semua itu untuk berbilion-bilion orang.

Contohnya, apabila saya lihat seorang lelaki India sebenar, sejati memasak hidangannya – satu kali saya lihat di internet – di depannya kelihatan macam beratus-ratus perasa: jenis-jenis rempah yang berlainan, jenis-jenis bahan yang berlainan untuk ditambahkan ke dalam makanan yang dimasaknya. Banyak rempah dan banyak perasa untuk ditambahkan ke dalam apa-apa saja yang dimasaknya di sana. Ya Tuhan, ia kelihatan sangat banyak. Dah tentu, makanan akan menjadi berempah dan lazat tetapi saya tertanya-tanya, bagaimana Bumi bekalkan semua ini? Lihatlah, hanya untuk satu orang, satu keluarga. Satu keluarga sudah perlukan begitu banyak. Bukan saya, saya tak perlukan begitu banyak, tetapi hanya untuk memasak satu masakan ala India, anda ada begitu banyak rempah, begitu banyak serbuk wangi untuk ditambahkan ke dalam masakan bagi membuatnya benar-benar berempah dan lazat. Kemudian populasi dunia terus meningkat. Walaupun ada segala wabak, segala peperangan atau bencana di mana-mana saja, populasi manusia semakin meningkat. Ya Tuhan! Itu juga susah untuk kerja saya.

Tapi sekurang-kurangnya baru-baru ini, sejak beberapa bulan atau tahun lalu, landaan bencana, intensiti dan kekerapannya telah berkurangan. Anda boleh sendiri lihatnya. Jika mata psikik anda terbuka, anda juga dapat lihat ada bantuan. Saya lihat seorang lelaki, mungkin apa yang mereka panggil orang psikik atau peramal. Dia nampak Bumi dilitupi kubah.

‘Saya Nampak KUBAH Ketika Alami Pengalaman OBE (di Luar Badan). Darius J. Wright’ Saluran YouTube Hidup & Akhirat – 8 April 2025 : Angkasa lepas tidaklah sebagaimana yang kita diberitahu. Tiada apa-apa pun yang mereka nyatakan sebenarnya tepat dalam erti kata itu. Sebenarnya ia kelihatan, apabila kita berada di luar, sebenarnya ia kelihatan macam ini. Sebab itulah saya letak ini bersama. Jadi kita boleh kata, orang di sini, katakan mereka ialah roh, melihat dari tempat ini dari luar. Kita ada cakrawala di atas suatu satah. Kita ada binaan. Tempat di mana kita berada adalah tetap dan tidak bergerak. Kita ada segala tempat ciptaan yang lain berdasarkan kehendak roh di bawah sini atau di bawah sini. Semuanya binaan yang berlainan, semuanya alam semesta yang berlainan. Tetapi alam semesta ini, binaan di mana kita berada ini kelihatan macam ini. Jadi kita lihat dalam Bible bagaimana mereka nyatakan, “Kawasan air di atas, kawasan air terpisah daripada kawasan air,” “Tuhan mencipta cakrawala alam Bumi.” Itu sebenarnya benar.

Tetapi dia tak nampak separuh lagi. Itu sebabnya. Jadi kelihatan macam mereka hanya tunjukkan separuh daripadanya, jadi dia nampak separuh daripadanya kerana separuh lagi tersekat daripada mata dalamannya, agaknya kerana biasanya kita tinggal di satu belah Bumi saja dan sebelah lagi tinggalnya orang lain, atau mungkin sesetengah orang tak dapat lihat seluruh gambarnya. Sesetengah orang psikik tak nampak seluruh gambarnya.

Seperti Baba Vanga pun, beliau katakan sesuatu dalam salah satu ramalannya bahawa ada seorang Penyelamat dunia, seorang wanita, dan tiada banyak orang yang mengikut wanita Penyelamat ini. Tetapi Baba Vanga tak dapat ramalkan, tak dapat katakan dengan tepat di mana Wanita itu atau siapa Dia, personalitinya, contohnya. Orang psikik kadangkala dapat lihat perkara dengan jelas sekali dari segi masa, ruang, kediaman atau warna kulit. Seperti En. Parker, Hamilton-Parker, berkata bahawa Wanita Bertuah yang boleh Presiden Trump dapatkan bantuan ialah seorang wanita yang berkulit sesuatu jenis warna tetapi itu saja yang boleh dikatakannya. Beliau tak dapat katakan nama, kewarganegaraannya atau apa jenis ajaran spiritual yang ditawarkan-Nya, sesuatu macam itu.

Banyak peramal sangat tepat tetapi tak dapat katakan perincian terkecil. Sesetengahnya takut nak dedahkan semuanya. Nostradamus pun, beliau lebih tepat tetapi apabila menggambarkan Wanita istimewa itu, beliau berkata bahawa Nama-Nya ialah sejenis bacaan terbalik nama keluarganya, ‘Amus’ menjadi ‘Suma’, contohnya. Tetapi beliau tak berani sebut ‘Suma’. Beliau hanya berkata bacaan terbalik nama keluarga peramal itu, maka itu akan menjadi nama-Nya.

Atau beliau berkata bahawa “pasukan Lautan akan menang”, serupa macam itu. Jadi mereka hanya lihat ke dalam cermin yang tak begitu jelas. Sesetengahnya sangat jelas tetapi tiada sesiapa yg dapat betul-betul jelas, seolah-olah kita berdiri di depan cermin itu dan melihat diri sendiri, cermin yang jelas, melihat muka sendiri dan tahu dengan terperinci bagaimana rupa kita.

Tetapi begitu pun, kita tak boleh menyalahkan mereka, kan? Banyak cermin tidak membayangkan realiti juga. Dalam cermin saya, pada bila-bila saya lihat ke dalamnya, saya kelihatan sangat muda dan cantik tetapi itu tak begitu betul. Kerana cermin, tak tahulah, mungkin mereka ada cermin yang lebih baik tetapi banyak cermin kecil yang saya beli dari stesen minyak, contohnya, dan simpan untuk digunakan, tidak beri saya kualiti rupa yang betul-betul sama. Kadangkala ia buat kita kelihatan lebih baik. Cermin lain buat kita kelihatan lebih teruk. Jadi bergantung kepada nasib kita. Kita perlu menerimanya, apa-apa pun itu. Kadangkala kamera dan video juga tidak berikan perincian yang betul-betul seperti rupa kita, muka kita atau sesuatu macam itu. Tetapi itu bagus, jadi hari ini sesiapa pun boleh menjadi cantik. Cermin ini buat saya kelihatan cantik tetapi saya tak rasa saya kelihatan begitu cantik kerana apabila saya bandingkan di luar dan tangan dalam cermin, ia berbeza. Karma juga dan segala jenis perkara akan membuat kita kelihatan berbeza dengan rupa kita nak lihat. Saat, saya akan memeriksa sama ada perakam ini berfungsi. Baiklah. Ia berfungsi.

Karma juga membuat kita kelihatan berbeza dari hari ke hari. Pada sesetengah hari, kita kelihatan lebih baik. Pada sesetengah hari, kita kelihatan lebih teruk. Tak mengapa. Kita tidak hidup lama di sini. Jadi saya gembira dengan saya bertuah mempunyai jenis sikap ‘biarkannya saja’ ini dengan diri sendiri. Saya tidak terlalu risau tentang diri sendiri, bagaimana rupa saya dan saya harus kelihatan macam mana. Dulu saya begitu, dah tentu, dulu saya seperti semua orang, pedulikan rupa saya dan sebagainya. Kemudian khususnya apabila saya menjadi Guru, mengambil alih kerja ini, saya perlu memastikan saya kelihatan elok untuk kamera tapi sekarang saya tinggal di dlm hutan. Soal itu tidak timbul dalam fikiran dan saya begitu gembira. Saya begitu gembira. Saya tak perlu pedulikan apa jenis pakaian yang perlu saya pakai hari ini. Semua pakaian yang saya pakai pada tahun-tahun lalu hingga tahun saya menjadi pertapa berseorangan, semuanya terpaksa dipakai. Saya tidak bebas untuk memilih pakaian yang saya nak pakai. Itu betul-betul, kita boleh kata, ditentukan, dikawal oleh Kehendak Syurga. Tetapi sekarang saya di dalam hutan dengan hanya satu perakam kecil. Saya tak peduli kerana tiada sesiapa yang lihat saya. Saya tak pasti sama ada apabila saya keluar ke khalayak ramai semula, saya akan risau tentang itu atau tidak.

Photo Caption: Cantik dan Bebas secara Liar, di dalam Hutan Hidupan Boleh Begitu!

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (1/15)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-19
3905 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-20
2850 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-21
2467 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-22
2413 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-23
2244 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-24
2317 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-25
2171 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-26
2046 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-27
1996 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-28
1876 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-29
1813 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-30
1654 Tontonan
13
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-01
1556 Tontonan
14
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-02
1558 Tontonan
15
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-03
1394 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
536 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
310 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-07-05
223 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-05
555 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
739 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-04
961 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android