“Ānanda, ini ialah sepuluh keadaan dhyàna yang menyebabkan agakan bukan-bukan kerana pengamal bergantung kepada delusi dan menganggap pencapaian yang tidak cukup sebagai kesedaran penuh. Ia disebabkan oleh percampuran agregat kesedaran kelima dengan minda penuh tafakur. Orang terperdaya dan tidak terkawal yang tidak mengetahui keupayaan diri biarkan fikiran mereka ghairah dengan tabiat lama dalam keadaan yang sekarang terjelma ini dan yang mereka anggap sebagai tempat tertinggi. Mereka akan dgn tidak betul umumkan bahawa mereka telah menyedari Bodhi Tertinggi dan dengan itu akan melanggar peraturan tidak berbohong, dengan itu wujudkan karma buruk pembidaah dan syaitan jahat yang akan hantar mereka ke neraka tanpa henti.” ~ Kitab Surangama
Jika anda kata anda ialah Buddha atau mana-mana status Santo, Putera Syurga padahal anda tahu anda bukan, maka anda wujudkan neraka Avīci untuk diri sendiri, bermakna neraka tanpa henti, neraka selama-lamanya utk diri sendiri. Jika anda malah menyebabkan orang lain memuji anda sebagai Buddha, maka orang ini juga perlu ambil bahagian dlm karma paling buruk yang anda wujudkan utk diri sendiri ini. Orang yang mengikut anda, percaya kepada anda dan memuji anda sebagai Buddha, Santo atau Putera Syurga, Anak Bongsu Tuhan... atas sebarang sebab, mereka perlu ambil bahagian dalam jenis karma yang sangat dahsyat ini. Mungkin mereka malah perlu pergi bersama anda ke neraka tanpa henti ini, mungkin untuk masa yang lebih singkat daripada anda, tapi bergantunglah. Saya sakit hati memikirkan penderitaan anda dan mereka di alam gelap yang menakutkan itu di mana tiada sesiapa yang dapat dengar jeritan derita anda!Macam mana pun, mereka akan perlu melangsaikan karma secara palsu dan tidak hormat bandingkan mana-mana orang jahil atau syaitan dengan Buddha, tidak kira berapa pandai berucap atau berapa banyak dengan cara menipu membuat dirinya kelihatan macam itu. Mereka semua akan pergi ke neraka, pengikut anda. Jadi berhati-hati dgn cara anda bertindak, apa yang anda katakan kerana Syurga, Bumi dan neraka, semuanya memerhatikan anda. Tiada apa-apa adalah percuma. Tiada apa-apa berada di luar pemerhatian teliti Syurga dan semua Buddha, dah tentu.Lawak. Selepas Tuhan beritahu saya supaya umumkan status saya sebagai Buddha Maitreya, begitu banyak, beberapa orang lelaki keluar, kemudian mendakwa diri sebagai ‘Buddha ini’, ‘Buddha itu’ dan semuanya ingin menuntut status Buddha Maitreya. Apa yang mereka ada untuk menuntut itu? Dalam kitab Buddha, ia nyatakan anda tak boleh berbohong tentang peringkat makrifat sendiri kerana anda akan pergi ke neraka Avīci, neraka selama-lamanya. Jika mereka mendakwa diri mengkaji ajaran Buddha dan mengajarkan Dharma Buddha sebenar, mengapa mereka tidak tahu akan ini? Ini dosa paling buruk yang boleh anda lakukan. Buddha berkata begitu. Semua orang ini – semuanya lelaki, mereka semua ialah lelaki! Sesetengahnya ialah spesies lelaki yang sangat suka bersaing. Mereka lebih suka bersaing daripada wanita. Jika saya dapat mengelak daripada beritahu anda bahawa saya ialah Buddha, saya akan buat begitu kerana saya tahu saya tak suka memberitahu orang siapa saya. Hanya Guru dah cukup bagus supaya kita dapat hidup secara normal dan orang bertindak balas terhadap kita secara lebih normal. Nabi Isa berkata Baginda ialah Anak Tuhan. Itu bagaimana Baginda tak dapat hidup lama. Saya sedar akan segala rasa cemburu dan sifat suka bersaing ini. Memang lawak, memang rupa-rupanya macam itu.Mungkin anda di peringkat entiti syaitan yang lebih rendah atau lebih tinggi sikit, maka mungkin anda ada sedikit kuasa ajaib di sana sini, dan mungkin disebabkan itu orang percayai anda dan mengikut anda kerana mereka begitu inginkan apa-apa saja. Tetapi Buddha tidak ajarkan segala jenis pergerakan tangan dan kaki ini. Cuma kemudiannya mereka menerapkannya daripada sistem gim yoga India. Jadi mungkin mereka gerakkan sesuatu atau pelajari kung fu tetapi ini takkan bawa peringkat Buddha kepada anda.Hanya Kaedah Quan Yin, Melodi, Getaran abadi (Syurga) dalaman yang dibimbing oleh Kuasa Guru sempurna akan membawa anda ke peringkat Buddha atau sekurangnya Arahat atau dewa yang lebih rendah, kemudian menaik ke atas dengan perlahan-lahan. Buddha berkata begitu. Quan Yin Bodhisattva berkata begitu. Dalam banyak kitab, semuanya sebut Kaedah Quan Yin. Dalam Kitab Śūraṅgama, dalam Phẩm Phổ Môn, Pu Men Pin, saya rasa ia dipanggil Kitab Teratai juga. Semuanya sebut macam itu, bahawa Kaedah Quan Yin, Cahaya (Syurga) dalaman, Cahaya (Syurga) abadi di dalam, Bunyi (Syurga) abadi di dalam akan bawa anda pulang ke Rumah. Bukanlah anda gunakan telinga untuk dengarnya, bukanlah anda gunakan mata untuk lihatnya tetapi ia berlaku apabila anda masuki alam yang lebih tinggi di Alam Semesta.“Kamu yang belajar lebih banyak, mendapat makrifat dengan keadaan dan mereka yang merupakan PENDENGAR BUNYI sekarang telah mengalihkan mindamu untuk mencapai Bodhi tertinggi, makrifat tiada bandingannya yang menakjubkan.” ~ Kitab Surangama“Sekarang saya berserah kepada Orang Sanjungan Dunia Semua Buddha di dunia ini muncul untuk mengajarkan kaedah paling sesuai yang melibatkan penggunaan BUNYI PERVASIF. Keadaan samadhi dapat disedari Keadaan samadhi dapat disedari dengan cara MENDENGAR. (...) Ananda dan kamu semua yang dengar di sini harus MENGALIHKAN FAKULTI PENDENGARAN KE DALAM UNTUK DENGAR SIFATMU SENDIRI yang sendiri mencapai Bodhi tertinggi. Itu bagaimana makrifat diperoleh. Buddha sebanyak pasir di Sungai Ganges memasuki satu laluan ini ke Nirvana. Semua Tathagata masa dahulu telah memperoleh kaedah ini. Semua Bodhisattva sekarang memasuki kesempurnaan ini. Semua orang yg beramal pada masa depan harus bergantung kepada Dharma ini.”Samadhi bermaksud keadaan meditasi yang mendalam. Nirvana bermaksud Syurga Tertinggi. Tathagata bermaksud Buddha. Bodhisattva bermaksud pengamal spiritual. Dharma bermaksud Ajaran Benar. ~ Kitab Surangama
Bukanlah anda dapat menjadi Buddha dengan serta-merta meskipun anda amalkan kaedah itu. Mungkin anda dapat menjadi Bodhisattva, ada kuasa untuk bantu orang lain tetapi tak boleh bercakap besar semasa anda belum capai itu pun. Jika anda ada pengikut, itu baik untuk anda tetapi tak boleh bercakap besar bahawa anda ialah Buddha dan tak boleh biar pengikut anda berkata bahawa anda ialah Buddha kerana itu akan wujudkan karma buruk untuk anda dan mereka.Ya Tuhan, mengapa orang begitu banyak ganggu saya, buat saya perlu mengajar mereka perkara asas sebegini yang sudah dinyatakan dalam kitab Buddha. Dalam Bible pun, ia sebut segala Cahaya dan Bunyi (Syurga) dalaman ini.“Pada permulaannya ialah BUNYI, “Pada permulaannya ialah BUNYI, dan Bunyi bersama Tuhan, dan Bunyi ialah Tuhan” ~ Kitab Suci Bible, John 1:1“Ambillah ketopong penyelamat dan pedang roh yang merupakan BUNYI TUHAN.” ~ Kitab Suci Bible, Ephesians 6:17“Dan saya TERDENGAR BUNYI DARI SYURGA seperti deruan air yang deras dan gema guruh yang kuat. BUNYI YANG SAYA DENGAR adalah seperti bunyi pemain hap bermain hap mereka.” ~ Kitab Suci Bible, Wahyu 14:2
Apabila Tuhan muncul kpd Nabi Musa, seluruh semak kelihatan macam api tetapi semak itu tidak terbakar kerana itu bukan api sebenar. Itu hanyalah Cahaya. Pada zaman dahulu, disebabkan kekurangan bahasa dan oleh sebab ia kelihatan macam semak api jadi mereka kata, “Itu semak api.” Tetapi itu bukan api. Apa jenis api yang tidak membakar semak? Kita semua tahu. Kita amalkan Kaedah Quan Yin. Kita tahu akan Cahaya dan Bunyi (Syurga dalaman). Apa yang anda tak dapat lihat dengan mata. Apa yang anda tak dapat dengar dengan telinga. Kerana segalanya yang anda dapat lihat dan dengar dengan mata ilusi, daripada badan ilusi ini, telinga ilusi – semuanya palsu. Jika anda tak nampak yang benar-benar megah, lebih terang daripada Cahaya Matahari, dan hanya nampak cahaya yang malap, maka itu bukan Cahaya sebenar. Itu cahaya dari peringkat Astral, dari neraka juga.