Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Betapa Senangnya utk Menyelamatkan Diri Anda!! Bahagian 2 daripada 15

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Saya nak bercakap dengan anda, roh yang cantik, sekurangnya seminggu yang lalu, beberapa hari yang lalu tetapi tak dapat. Saya terlalu sibuk. Anda tak tahu, dengan begitu banyak rancangan untuk diedit, diperiksa semula, perniagaan dan begitu banyak perkara kecil lain yang kita buat untuk diri sendiri secara persendirian, secara peribadi, mencuci atau memberus gigi, memasak sesuatu, memanaskan sesuatu utk diri sendiri pun. Memastikan diri kita sekurang-kurangnya cukup bersih. Bukanlah kita memakai pakaian yang cantik, menukar atau mandi setiap hari tetapi kita tetap perlu menjaga kebersihan diri kerana kita mahu diri kita macam itu. Hanya bersih, bukan mendandan atau apa-apa, tetapi itu perkara asas. Begitu pun, itu mengambil masa.

Walaupun saya tinggal di tempat yang sangat kecil, tetap perlu kerap membersih. Hampir setiap hari bersihkan ruang di mana kita diami kerana angin akan meniupkan habuk ke dalamnya dan daun akan gugur ke atas lantai, contohnya, walaupun itu hanyalah vinil yang diletak di atas tanah, atau hanya plastik di atas khemah kita untuk menutupinya daripada hujan, contohnya. Semua ini perlu dilakukan. Semasa kita berseorangan, kelihatan macam banyak kerja. Tetapi saya gembira sebenarnya. Saya lebih gembira daripada jika saya seorang presiden, raja atau ratu di dunia, memang, kerana apabila saya lihat mereka, mereka bekerja keras sekali. Kita perlu. Rakyat juga perlu berterima kasih kepada mereka yang baik.

Tetapi yang paling baik akan memimpin semua rakyat supaya mengamalkan diet vegan kerana saya telah beritahu anda bahawa saya telah wujudkan perlindungan di sekeliling planet ini, bersama dengan medan magnetnya untuk melindunginya, untuk melindungi ozon, untuk melindungi medan magnetnya supaya ia akan masih melindungi manusia dan semua makhluk. Kerana jika mana-mana daripadanya (perlindungan) hancur, saya dah kata, jika terlalu banyak kerosakan, mungkin daya graviti akan rosak atau hancur juga. Maka kita semua akan terbang ke udara, kemudian hancur ke dalam atmosfera, dan akan tiada lagi yang tertinggal, mana-mana pun daripada kita.

Saya lihat di internet hari ini – saya dah beritahu anda – seorang lelaki berkata,“Anda tinggal di bawah ‘dome’.” D-O-M-E. Kononnya kubah itu ialah apa yang Kami pasang untuk melindungi medan magnet yang telah saya beritahu anda sebelumnya, untuk melindungi atmosfera Bumi supaya medan magnet dan lapisan ozon tidak lebih banyak rosak lagi. Tetapi ia tetap boleh rosak. Kami masih sentiasa perlu mengawasinya. Lapisan, lingkaran pelindung yang telah dipasang di sekeliling Bumi untuk melindungi Bumi pun, saya tak tahu sama ada ia dapat dilindungi sepenuhnya. Ini bergantung kpd berapa banyak karma yang manusia wujudkan lagi, karma lama dan karma baharu, karma yang baru dibuat juga.

Tapi buat masa ini, masih baik-baik saja. Seperti sinaran matahari takkan masuk ke dalam atmosfera dan bakar segalanya ekoran daripadanya. Buat masa ini, masih baik-baik saja. Boleh tahan. Tidak selamat sepenuhnya. Dah tentu, saya hanya boleh buat begitu banyak kerana karma dunia begitu, begitu berat, begitu besar. Buddha sudah berkata bahawa karma satu orang pun boleh melitupi seluruh angkasa, apalagi karma orang di seluruh dunia. Saya masih bergelut dengannya, saya perlu mengaku kepada anda.

Kadangkala saya berfikir, “Oh! Mungkin saya tak dapat lakukannya. Mengapa saya harus risau tentang orang di dunia semasa mereka tidak risau tentang diri sendiri, tidak mengambil langkah untuk melindungi diri sendiri, melindungi rumah sendiri, kediaman planet ini?” Saya mengaku kepada anda kadangkala saya berasa letih macam itu tetapi tetap terus melakukannya kerana saya kasihi orang. Kadangkala saya tanya diri sendiri, “Mana dapat saya masih kasihi orang? Saya kasihi orang-haiwan tanpa penghujungnya tetapi mana dapat saya masih mengasihi orang kerana merekalah orang yang menyebabkan segala kesusahan ini?” Tapi saya tak boleh menyalahkan mereka Mereka mudah terpengaruh. Bukan semua orang kuat, bijak, tahu akan perkara dan cukup suci untuk memahami apa yang saya katakan, apa yang saya beritahu mereka.

Selain itu, ada begitu banyak kononnya ‘Buddha’ yang tumbuh bagai cendawan di seluruh planet dan tidak buat banyak, hanya ajarkan beberapa pergerakan dan/atau memakai pakaian khas bersama-sama, buatnya kelihatan macam pakaian seragam, dan/atau gerakkan tangan dan kaki sikit, atau badan sikit, kemudian dia ialah ‘Buddha’, malah ‘Buddha Maitreya’, bukan mana-mana Buddha saja! Oh, saya akan gembira jika dia boleh ambil alih kerja saya! Dia tak tahu 1 nano inci pun betapa seperti nerakanya menjadi Buddha sebenar dalam hayat ini, pada tempoh masa khas ini.

Orang lain juga, sesetengah kononnya bekas anak murid saya mencuri benda saya, ajaran saya, letaknya di bawah nama mereka, kemudian malah boleh memikat orang.

Sekarang kita ada kata-kata hati daripada Diệu Hằng di Âu Lạc, juga dikenali sebagai Vietnam: Pada suatu hari pada tahun 2023, saya temu dengan rakan utk bincangkan kerja. Selepas itu, kami memutuskan untuk makan tengah hari bersama-sama. Saya jumpai sebuah restoran vegan yang bernama Diệu Ẩm Quán. Itu sebuah restoran bufet. Persekitarannya terasa tidak asing tetapi semua kakitangannya berair muka dingin dan tidak peduli. Namun begitu, saya begitu lapar sehingga tidak banyak memikirkannya dan segera buat pesanan.

Selepas menghabiskan hidangan, saya berjalan ke kaunter pembayaran dan lihat dengan lebih teliti. Ya Tuhan, ini ialah peniruan restoran rantaian Loving Hut. Mereka juga gantungkan banyak lukisan lakuer pada dinding dan suatu saluran YouTube dimainkan di TV dinding tetapi itu bukan Supreme Master TV. Itu saluran yang hampir sama. Saya masih ingat ia memaparkan babak seseorang yang mendakwa diri sebagai “guru spiritual hidup agung abad ke-21”, bermain dengan orang-nuri. Pada masa itu, saya menyedari saya telah masuki restoran yang tidak betul. Saya tidak tahu siapa itu Ruma tapi jelasnya perbuatan meniru Guru dengan mewujudkan saluran YouTube yang hampir sama, membuka restoran dengan cara yang sama dan mendakwa itu miliknya adalah tidak boleh diterima.

Selepas itu, disebabkan ingin tahu, saya cari dalam talian dan jumpai saluran YouTube yang bernama ‘GURUJI RUMA RASMI’ yang ada pelanggan. Mungkin orang-orang ini secara ikhlas mencari Guru untuk membimbing mereka di jalan yang betul dalam perjalanan spiritual tetapi temui guru palsu yang bernama Ruma. Banyak ajarannya juga meniru kata-kata Guru tetapi daripada gunakan istilah ‘Quán Âm’ (Quan Yin), dia gantikannya dengan ‘Diệu Âm’ (Bunyi Menakjubkan/Suci). Saya berasa memang bertuah mengenal Guru sebelum mengetahui Ruma. Jika tidak, mungkin saya menjadi seorang lagi mangsa dalam kalangan orang itu. Saya dgn ikhlas berterima kasih kepada Guru dan berharap semua orang akan sebarkan kata-kata tentang guru spiritual palsu ini supaya lebih banyak orang tidak terperdaya dan tertipu olehnya. Anak murid Diệu Hằng dari Âu Lạc (Vietnam)

Dan lain-lain…

Dah tentu, saya perlu beritahu anda, ada Cahaya sebenar dan cahaya palsu. Cahaya palsu datang dari neraka atau alam Astral. Kadangkala mereka dapat menjelma sebagai cahaya tetapi malap dan tiada kasih sayang, tidak seperti Cahaya sebenar, jika itu drpd orang palsu seperti Trần Tâm atau Ruma, contohnya. Tetapi mengapa sesetengah orang suka dekati dia? Kerana dia bercakap dengan cara saya bercakap.

Dia malah berikan Hadiah kepda orang. Apa? Bagaimana dia ada Hadiah itu? Saya perlu bermeditasi selama banyak tahun dan menaik ke peringkat tinggi baru boleh mendapat Hadiah itu untuk dibawa balik. Dia curinya dan beritahu orang bahawa itu daripada dia. Orang yang mengikutnya mempercayainya, percaya bahawa Hadiah itu akan bawa mereka ke Syurga setinggi mungkin. Itu kebenaran sifar kerana tiada kuasa di dalamnya.

Semasa saya ajar anda Hadiah, saya beritahu anda supaya tidak beritahu orang lain kerana jika anda buat begitu, anda akan kehilangannya. Saya tak pernah ajar dia Hadiah ini. Jadi mana boleh dia ada sedikit kuasa itu pun dan berikannya kepada orang lain? Meskipun saya berikannya kepada dia, dia tak seharusnya berikan-Nya kepada orang lain. Semua ini hanyalah ketamakan dan kejahatan! Hanya nak menipu orang untuk kemasyhuran dan untung, untuk beli jam tangan mewah dan letaknya di seluruh kabinet macam itu.

Dia ada dua tangan saja, maksimum dapat memakai dua jam tangan saja – dua jam tangan pada satu-satu masa untuk melihat masa. Buat apa dia perlu beli jam tangan mahal dan simpan semuanya saja? Atau mungkin, Isnin satunya, Selasa satunya, setiap hari satunya, bergilir-gilir atau sesuatu. Ya Tuhan, ini memang ketamakan. Mana boleh anda jadi Buddha macam itu mahukan benda yang dikumpulkan banyak-banyak, tidak perlu?

Lihatlah, Buddha tiada apa-apa pun. Semua biksu-Nya tiada apa-apa pun. Anda juga dilarang memiliki barangan kemas jika anda seorang biksu dan biksuni. Saya memakainya kerana saya mereka bentuknya. Saya mereka bentuknya, memakainya seperti model. Jadi jika orang sukanya, boleh beli, jika mereka nak beli. Kami tidak tanya sesiapa pun sama ada mereka nak beli atau tidak. Bukan macam itu. Semuanya pilihan mereka sendiri.

Dalam kumpulan kami, kami tak pernah memaksa sesiapa buat apa-apa pun atau memaksa mereka bersama saya pun. Oh, sukar nak berada di sini! Jika sesiapa minta untuk pergi dari sini atau tinggalkan sini, saya tak pernah memaksa mereka berada di sini. Sebaliknya, kadangkala saya perlu suruh mereka keluar kerana peringkat mereka terlalu rendah. Mereka terlalu dekat dengan syaitan dan menyebabkan suasana bergolak dalam kumpulan kami. Jadi demi semua orang baik yang lain, saya perlu suruh seseorang tinggalkan sini. Bukan sebaliknya. Saya juga memakai pakaian yang cantik kerana itu bukan pilihan saya juga. Saya sudah beritahu anda. Seperti jika saya keluar hari ini untuk khutbah, saya harus memakai apa. Semuanya telah diatur untuk saya, maksud saya di dalam. Di luar, dah tentu, pasukan saya membuat pakaian untuk saya. Pakaian yang saya reka bentuk, mereka buatnya. Begitu juga dgn barang kemas.

Tetapi barangan kemas palsu yang Trần Tâm dan kumpulannya curi reka bentuk daripada saya adalah sangat kasar apabila saya lihat fotonya – mereka tunjukkannya kepada saya apabila mereka mengaku, apabila satu atau dua orang anak murid saya tertipu oleh Trần Tâm dan pasukannya untuk jualnya dan berkata bahawa itu daripada saya. Bukan. Apabila lihat, saya nampaknya. Ia sangat kasar, tiada Berkat. Ia tak begitu elegan dan kemas seperti reka bentuk saya. Jadi kita dapat terus nampaknya. Jadi sesiapa yang berfikir membeli drpd mereka lebih cepat, lebih pantas – anda mendapat yang palsu, malah mungkin dengan permata palsu, bukan berlian sebenar, bukan benda sebenar. Saya tidak sendiri adanya drpd mereka, jadi saya tak tahu. Tetapi ia kelihatan begitu kasar, tak kelihatan elegan. Selain itu, ia tiada sebarang tenaga bermanfaat. Ia benda yang berbeza sama sekali, berbeza sepenuhnya, sama seperti Syurga dan neraka.

Photo Caption: Sesetengah Benda Hanya Wujud di Kawasan Rumah Lama: Tanda Tempat untuk Anda Ingat dan Pulang

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/15)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-19
3905 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-20
2850 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-21
2467 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-22
2413 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-23
2244 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-24
2317 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-25
2171 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-26
2046 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-27
1996 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-28
1876 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-29
1813 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-30
1654 Tontonan
13
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-01
1556 Tontonan
14
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-02
1558 Tontonan
15
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-03
1394 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
536 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
310 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-07-05
223 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-05
555 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
739 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-04
961 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android