Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Betapa Senangnya utk Menyelamatkan Diri Anda!! Bahagian 3 daripada 15

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini, dgn begitu banyak Buddha pergi ke sana sini dgn murah di seluruh planet, bergantung pada orang lain untuk buat perjalanan, tiket pesawat, makanan, pakaian dan segala-galanya… Ia kelihatan macam teater kelas rendah. Kebutaan ada banyak aspek dan bukan setiap doktor dapat menyembuhkan jenis kebutaan ini. Tetapi masalahnya orang dahagakan sesuatu yang benar. Apabila ada banyak pendeta wanita, biksu atau paderi yang berbuat jahat, mendera kanak-kanak, wanita dan lelaki juga, maka orang begitu keliru dan kecewa sehingga mereka cuba bersungguh-sungguh bagi menyambar sesuatu untuk ketenangan hati, untuk sesuatu yang boleh dipercayai. Tetapi mereka hanya dapat lihat di luar. Mereka tak dapat lihat di dalam apa yang telah orang itu capai, apa peringkatnya sekarang.

Semua orang yang saya sebut sekarang, seperti ‘Buddha’ palsu, ‘Buddha Maitreya’ palsu, ‘Buddha’ itu, ‘Buddha’ ini atau ‘Putera Syurga’, malah membuat agama baharu daripada itu! Jenayah terancang yang begitu besar!! Atau Rumaji, ‘sadguru’ dan lain-lain... apa-apa saja, ya Tuhan, maksimum mereka ialah peringkat syaitan saja, tidak lebih daripada itu. Sama ada mereka kena rasuk atau mereka ialah syaitan sebenar seperti yang Buddha katakan bahawa mereka di sini utk mengelirukan orang, menghalang mereka daripada cari AJARAN SEBENAR, daripada GURU SEBENAR!!!!

Jika anda ada mata spiritual, jika kebijaksanaan anda di dlm terbuka, jika Tuhan berkati anda, anda dapat lihat mereka dengan jelas – sangat jelas – semuanya ada aura yang sangat gelap di sekeliling mereka. Atau maksimum cahaya palsu astral yang malap! Bukan hanya kerana anda keluar, berjalan ke sana sini di jalanan, lebuh raya atau mungkin kadangkala tidak berjalan. Cuma media membesar-besarkannya dan buat anda menjadi ‘Buddha’. Tetapi saya tak nampak ada apa-apa yang dengannya orang ini dapat menjadi Buddha. Mungkin sesetengahnya pandai bercakap lebih meyakinkan daripada orang lain. Sesetengahnya tak dapat bercakap tetapi gunakan cara lain untuk menonjolkan diri. Semua media, jurugambar buat segalanya macam hal besar, buat dia menjadi ‘Buddha’, ‘Santo’ atau ‘Bodhisattva’, ya Tuhan!

Jika anda bukan Buddha tetapi berpura-pura sebagai Buddha atau memberitahu orang bahawa anda ialah Buddha, bahawa anda sudah capai makrifat terbesar, maka anda akan pergi ke neraka, neraka Avīci. Itu bermakna ‘neraka selama-lamanya’, ‘neraka tanpa henti’. Kerana itu bohong terbesar yang boleh anda cakap. Neraka ini adalah untuk pembohong sebegini. Lidah mrk akan ditarik keluar dan dicencang secara berulangan tanpa henti selama-lamanya!!!

“Ānanda, ini ialah sepuluh keadaan dhyàna yang menyebabkan agakan bukan-bukan kerana pengamal bergantung kepada delusi dan menganggap pencapaian yang tidak cukup sebagai kesedaran penuh. Ia disebabkan oleh percampuran agregat kesedaran kelima dengan minda penuh tafakur. Orang terperdaya dan tidak terkawal yang tidak mengetahui keupayaan diri biarkan fikiran mereka ghairah dengan tabiat lama dalam keadaan yang sekarang terjelma ini dan yang mereka anggap sebagai tempat tertinggi. Mereka akan dgn tidak betul umumkan bahawa mereka telah menyedari Bodhi Tertinggi dan dengan itu akan melanggar peraturan tidak berbohong, dengan itu wujudkan karma buruk pembidaah dan syaitan jahat yang akan hantar mereka ke neraka tanpa henti.” ~ Kitab Surangama

Jika anda kata anda ialah Buddha atau mana-mana status Santo, Putera Syurga padahal anda tahu anda bukan, maka anda wujudkan neraka Avīci untuk diri sendiri, bermakna neraka tanpa henti, neraka selama-lamanya utk diri sendiri. Jika anda malah menyebabkan orang lain memuji anda sebagai Buddha, maka orang ini juga perlu ambil bahagian dlm karma paling buruk yang anda wujudkan utk diri sendiri ini. Orang yang mengikut anda, percaya kepada anda dan memuji anda sebagai Buddha, Santo atau Putera Syurga, Anak Bongsu Tuhan... atas sebarang sebab, mereka perlu ambil bahagian dalam jenis karma yang sangat dahsyat ini. Mungkin mereka malah perlu pergi bersama anda ke neraka tanpa henti ini, mungkin untuk masa yang lebih singkat daripada anda, tapi bergantunglah. Saya sakit hati memikirkan penderitaan anda dan mereka di alam gelap yang menakutkan itu di mana tiada sesiapa yang dapat dengar jeritan derita anda!

Macam mana pun, mereka akan perlu melangsaikan karma secara palsu dan tidak hormat bandingkan mana-mana orang jahil atau syaitan dengan Buddha, tidak kira berapa pandai berucap atau berapa banyak dengan cara menipu membuat dirinya kelihatan macam itu. Mereka semua akan pergi ke neraka, pengikut anda. Jadi berhati-hati dgn cara anda bertindak, apa yang anda katakan kerana Syurga, Bumi dan neraka, semuanya memerhatikan anda. Tiada apa-apa adalah percuma. Tiada apa-apa berada di luar pemerhatian teliti Syurga dan semua Buddha, dah tentu.

Lawak. Selepas Tuhan beritahu saya supaya umumkan status saya sebagai Buddha Maitreya, begitu banyak, beberapa orang lelaki keluar, kemudian mendakwa diri sebagai ‘Buddha ini’, ‘Buddha itu’ dan semuanya ingin menuntut status Buddha Maitreya. Apa yang mereka ada untuk menuntut itu? Dalam kitab Buddha, ia nyatakan anda tak boleh berbohong tentang peringkat makrifat sendiri kerana anda akan pergi ke neraka Avīci, neraka selama-lamanya. Jika mereka mendakwa diri mengkaji ajaran Buddha dan mengajarkan Dharma Buddha sebenar, mengapa mereka tidak tahu akan ini? Ini dosa paling buruk yang boleh anda lakukan. Buddha berkata begitu. Semua orang ini – semuanya lelaki, mereka semua ialah lelaki! Sesetengahnya ialah spesies lelaki yang sangat suka bersaing. Mereka lebih suka bersaing daripada wanita. Jika saya dapat mengelak daripada beritahu anda bahawa saya ialah Buddha, saya akan buat begitu kerana saya tahu saya tak suka memberitahu orang siapa saya. Hanya Guru dah cukup bagus supaya kita dapat hidup secara normal dan orang bertindak balas terhadap kita secara lebih normal. Nabi Isa berkata Baginda ialah Anak Tuhan. Itu bagaimana Baginda tak dapat hidup lama. Saya sedar akan segala rasa cemburu dan sifat suka bersaing ini. Memang lawak, memang rupa-rupanya macam itu.

Mungkin anda di peringkat entiti syaitan yang lebih rendah atau lebih tinggi sikit, maka mungkin anda ada sedikit kuasa ajaib di sana sini, dan mungkin disebabkan itu orang percayai anda dan mengikut anda kerana mereka begitu inginkan apa-apa saja. Tetapi Buddha tidak ajarkan segala jenis pergerakan tangan dan kaki ini. Cuma kemudiannya mereka menerapkannya daripada sistem gim yoga India. Jadi mungkin mereka gerakkan sesuatu atau pelajari kung fu tetapi ini takkan bawa peringkat Buddha kepada anda.

Hanya Kaedah Quan Yin, Melodi, Getaran abadi (Syurga) dalaman yang dibimbing oleh Kuasa Guru sempurna akan membawa anda ke peringkat Buddha atau sekurangnya Arahat atau dewa yang lebih rendah, kemudian menaik ke atas dengan perlahan-lahan. Buddha berkata begitu. Quan Yin Bodhisattva berkata begitu. Dalam banyak kitab, semuanya sebut Kaedah Quan Yin. Dalam Kitab Śūraṅgama, dalam Phẩm Phổ Môn, Pu Men Pin, saya rasa ia dipanggil Kitab Teratai juga. Semuanya sebut macam itu, bahawa Kaedah Quan Yin, Cahaya (Syurga) dalaman, Cahaya (Syurga) abadi di dalam, Bunyi (Syurga) abadi di dalam akan bawa anda pulang ke Rumah. Bukanlah anda gunakan telinga untuk dengarnya, bukanlah anda gunakan mata untuk lihatnya tetapi ia berlaku apabila anda masuki alam yang lebih tinggi di Alam Semesta.

“Kamu yang belajar lebih banyak, mendapat makrifat dengan keadaan dan mereka yang merupakan PENDENGAR BUNYI sekarang telah mengalihkan mindamu untuk mencapai Bodhi tertinggi, makrifat tiada bandingannya yang menakjubkan.” ~ Kitab Surangama

“Sekarang saya berserah kepada Orang Sanjungan Dunia Semua Buddha di dunia ini muncul untuk mengajarkan kaedah paling sesuai yang melibatkan penggunaan BUNYI PERVASIF. Keadaan samadhi dapat disedari Keadaan samadhi dapat disedari dengan cara MENDENGAR. (...) Ananda dan kamu semua yang dengar di sini harus MENGALIHKAN FAKULTI PENDENGARAN KE DALAM UNTUK DENGAR SIFATMU SENDIRI yang sendiri mencapai Bodhi tertinggi. Itu bagaimana makrifat diperoleh. Buddha sebanyak pasir di Sungai Ganges memasuki satu laluan ini ke Nirvana. Semua Tathagata masa dahulu telah memperoleh kaedah ini. Semua Bodhisattva sekarang memasuki kesempurnaan ini. Semua orang yg beramal pada masa depan harus bergantung kepada Dharma ini.”

Samadhi bermaksud keadaan meditasi yang mendalam. Nirvana bermaksud Syurga Tertinggi. Tathagata bermaksud Buddha. Bodhisattva bermaksud pengamal spiritual. Dharma bermaksud Ajaran Benar. ~ Kitab Surangama

Bukanlah anda dapat menjadi Buddha dengan serta-merta meskipun anda amalkan kaedah itu. Mungkin anda dapat menjadi Bodhisattva, ada kuasa untuk bantu orang lain tetapi tak boleh bercakap besar semasa anda belum capai itu pun. Jika anda ada pengikut, itu baik untuk anda tetapi tak boleh bercakap besar bahawa anda ialah Buddha dan tak boleh biar pengikut anda berkata bahawa anda ialah Buddha kerana itu akan wujudkan karma buruk untuk anda dan mereka.

Ya Tuhan, mengapa orang begitu banyak ganggu saya, buat saya perlu mengajar mereka perkara asas sebegini yang sudah dinyatakan dalam kitab Buddha. Dalam Bible pun, ia sebut segala Cahaya dan Bunyi (Syurga) dalaman ini.

“Pada permulaannya ialah BUNYI, “Pada permulaannya ialah BUNYI, dan Bunyi bersama Tuhan, dan Bunyi ialah Tuhan” ~ Kitab Suci Bible, John 1:1

“Ambillah ketopong penyelamat dan pedang roh yang merupakan BUNYI TUHAN.” ~ Kitab Suci Bible, Ephesians 6:17

“Dan saya TERDENGAR BUNYI DARI SYURGA seperti deruan air yang deras dan gema guruh yang kuat. BUNYI YANG SAYA DENGAR adalah seperti bunyi pemain hap bermain hap mereka.” ~ Kitab Suci Bible, Wahyu 14:2

Apabila Tuhan muncul kpd Nabi Musa, seluruh semak kelihatan macam api tetapi semak itu tidak terbakar kerana itu bukan api sebenar. Itu hanyalah Cahaya. Pada zaman dahulu, disebabkan kekurangan bahasa dan oleh sebab ia kelihatan macam semak api jadi mereka kata, “Itu semak api.” Tetapi itu bukan api. Apa jenis api yang tidak membakar semak? Kita semua tahu. Kita amalkan Kaedah Quan Yin. Kita tahu akan Cahaya dan Bunyi (Syurga dalaman). Apa yang anda tak dapat lihat dengan mata. Apa yang anda tak dapat dengar dengan telinga. Kerana segalanya yang anda dapat lihat dan dengar dengan mata ilusi, daripada badan ilusi ini, telinga ilusi – semuanya palsu. Jika anda tak nampak yang benar-benar megah, lebih terang daripada Cahaya Matahari, dan hanya nampak cahaya yang malap, maka itu bukan Cahaya sebenar. Itu cahaya dari peringkat Astral, dari neraka juga.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/15)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-19
3905 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-20
2850 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-21
2467 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-22
2413 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-23
2244 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-24
2317 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-25
2171 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-26
2046 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-27
1996 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-28
1876 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-29
1813 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-30
1654 Tontonan
13
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-01
1556 Tontonan
14
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-02
1558 Tontonan
15
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-03
1394 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
536 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
310 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-07-05
223 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-05
555 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
739 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-04
961 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android