Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Kita amalkan Kaedah Quan Yin. Kita tahu akan Cahaya dan Bunyi (Syurga dalaman). Apa yang anda tak dapat lihat dengan mata. Apa yang anda tak dapat dengar dengan telinga. Kerana segalanya yang anda dapat lihat dan dengar dengan mata ilusi, daripada badan ilusi ini, telinga ilusi – semuanya palsu. Jika anda tak nampak yang benar-benar megah, lebih terang daripada Cahaya Matahari, dan hanya nampak cahaya yang malap, maka itu bukan Cahaya sebenar. Itu cahaya dari peringkat Astral, dari neraka juga.Ya Tuhan! Saya harap semua orang yang benar-benar nak menjadi Buddha belajar dulu, betul-betul pelajari teorinya dulu, kitab daripada Buddha dulu. Kemudian cuba capai peringkat yang dijelaskan oleh Buddha dalam semua kitab. Anda belum capai mana-mana drpd itu. Anda keluar kerana mungkin anda ada keupayaan fasih berucap, kemudian katakan apa-apa saja dan orang yang tidak tahu banyak mengikut anda juga, secara membuta macam itu. Itu wujudkan karma buruk untuk anda. Anda boleh ajarkan apa-apa saja. Ada banyak kaedah yoga, banyak qigong, banyak (kaedah) Tai Chi Chuan, anda boleh mengajar orang, pasti, tetapi anda tak perlu dengan begitu tamak mendakwa diri sebagai Buddha,tiba-tiba selepas Tuhan beritahu saya supaya beritahu anda bhw saya Buddha. Ini benar. Saya tak berani berbohong, dah tentu, kerana saya tahu akan hukum karma dan saya tahu saya siapa. Kemudian tiba-tiba banyak lelaki melompat keluar, semua orang ialah ‘Buddha Maitreya’ atau entah apa lagi. Lawak. Buddha Maitreya hanyalah satu saja. Buddha itu benar-benar ialah Buddha, sudah merupakan Buddha sejak kita tak dapat kira berapa lama dahulu, sejak zaman dahulukala. Ini bukan kali pertama. Cuma kali ini Buddha Maitreya perlu muncul. Kali ini adalah istimewa. Biasanya Buddha Maitreya sudah berada di Syurga Tushita, di alam yang sama dengan Buddha Amitābha. Jadi untuk bantu semua makhluk hidup dan seluruh dunia ini pada waktu pergolakan besar, Buddha Maitreya turun ke Bumi dan mengambil badan fizikal duniawi untuk membantu mereka. Jika tidak, Dia tak perlu. Dia sudah ada Alam Syurga, Alam Buddha sendiri yang dicipta. Kemudian itu kelihatan macam suatu persaingan.Beberapa orang lelaki melompat keluar – semua orang ialah ‘Buddha Maitreya’. Ya Tuhan, tiada perkara sebegini. Mereka tidak kaji agama Buddha! Anda perlu mengetahui sifat-sifat Buddha Maitreya. Ia perlulah sebagaimana yang digambarkan oleh Buddha Shakyamuni. Bukan hanya sesiapa saja yang melompat ke atas dan ke bawah, menggerakkan tangan dan kaki dan mendakwa dia ialah Buddha, malah Buddha Maitreya. Dia tak nak menjadi Buddha lain, hanya perlu menjadi Buddha Maitreya. Bukankah lawak itu? Mereka tidak gunakan IQ pun, tidak rasai sebarang gangguan hati nurani.Saya memang tak nak bazirkan masa saya pada semua ini tetapi saya perlu demi kepentingan orang lain, orang beriman yang mudah terpengaruh yang percayai Alam Buddha, percaya kepada banyak Buddha, percaya kepada Christ, Nabi Isa, percaya kepada Tuhan. Saya tidak mahu mereka jatuh ke dalam lubang ini. Orang buta membimbing orang buta. Kedua-duanya akan jatuh ke dlm lubang. Saya tidak mahu mereka masuk ke dalamnya, jatuh, tercedera dan hancurkan peluang spiritual mereka.Saya tidak perlukan anda ikut saya pun. Sebab itulah saya memperkenalkan banyak mazhab kepada anda supaya anda pergi ke sana dan cari guru, kemudian pelajari apa-apa saja. Jika anda tidak percaya kepada saya, maka anda boleh pergi ke sana dan sini untuk belajar dengan mereka kerana saya tahu mereka dapat bantu anda, benar-benar dapat. Mereka lebih rendah diri dan lebih benar. Bukanlah saya nak dapatkan semua pengikut untuk diri sendiri. Saya tahu itu mustahil kerana orang kadangkala berasa sangsi apabila sesuatu begitu senang untuk mereka kerana dunia ini sangat sukar, susah. Semua orang menjangka jika kita nak lihat Sifat Buddha sendiri dan menjadi bermakrifat, ia perlulah sesuatu yang sangat susah dan sukar diperoleh.Sangat sukar nak cari Buddha tetapi setelah anda jumpai Buddha, itu senang, hanya seperti petikan jari. Tapi saya letih nak bercakap, memang. Hanya kerana kasih sayang terhadap manusia dan semua makhluk, saya perlu. Jika tidak, sebaik-baiknya saya berdiam saja, buat kerja saya seperti semua kononnya pesara. Saya suka itu, senyap. Menjaga diri apabila kita dah tua. Kita menjaga diri. Kita nikmati sisa hidup fizikal duniawi. Saya tak begitu suka keluar, berkhutbah atau buat apa-apa pun yang menarik orang lain. Itu hanya menarik karma utk diri sendiri. Apa yang saya dapat selepas menjadi Buddha atau tidak? Hanya tinggal di dalam hutan di bawah khemah dan bekerja siang dan malam untuk dunia, berdoa, bermeditasi dan curahkan semua sumber kewangan dan simpanan saya untuk buat siaran Supreme Master Television dan banyak kerja berkaitan yang lain. Jika tidak, apa yang saya dapat daripada menjadi Buddha?Anda perlu mengkaji. Anda semua yang nak cari Buddha, yang nak cari makrifat perlu mengkaji kitab Buddha untuk memahami apa yang Buddha katakan. Jangan lompat keluar dari mana-mana saja dan mendakwa bahawa orang ini ialah ‘Buddha’, orang itu ialah ‘Buddha’. Anda wujudkan dosa yang teruk untuk diri sendiri. Buddha berkata bahawa anda akan pergi ke neraka kerana ini dosa paling teruk yang boleh anda buat – mendakwa diri sebagai Buddha tetapi anda bukan, atau memuji orang lain sebagai Buddha pun tetapi dia bukan. Itu juga akan membuat karma buruk untuk anda. Bukanlah anda boleh katakan apa-apa saja yang anda mahu atau mendakwa diri sebagai apa-apa saja yg anda mahu.Sesetengah daripada mereka malah mencuri Kaedah Quan Yin. Bukan disebabkan kaedah tetapi Kuasa sayalah yang buatnya berkesan, yang melindungi anda, yang menaikkan anda, bukan disebabkan oleh kaedah. Tiada kaedah pun. Orang yang saya beri inisiasi, anda tahu akannya. Tiada kaedah. Kuasa Gurulah yang ditransmisikan kepada anda untuk buka Kamar Rahsia dalaman anda supaya anda dapat lihat Sifat Buddha sendiri, dapat lihat Cahaya daripada Tuhan, dengar ajaran Buddha, Ajaran Tuhan dengan Getaran, Melodi (Syurga dalaman) Alam Semesta. Itu bagaimana ia menaikkan roh anda.Tiada apa-apa dalam pergerakan, tindakan, senaman atau gimnastik fizikal yang dapat menaikkan roh anda. Roh anda berada di alam yang berbeza, tahap getaran yang berbeza. Anda tak dapat hanya gunakan beberapa lambaian tangan dan kaki, kemudian menaikkan roh. Bukan macam itu. Badan fizikal adalah untuk sesuatu yang lain. Kita boleh gunakannya untuk mendapat makrifat tetapi kita tak perlu melompat ke sana sini, bergerak ke sini, bergerak ke sana atau apa-apa pun. Dah tentu, apabila anda bertumpu pada sesuatu, maka mungkin anda capai sesuatu. Tetapi ini bergantung pada guru itu, sama ada dia benar-benar bermakrifat atau tidak, berperingkat tinggi atau tidak.Saya lihat banyak kononnya ‘Buddha’ – semuanya berperingkat rendah sekali. Saya bercakap benar dan tidak menyesal. Lebih baik anda semua jaga kelakuanmu. Jika tidak, anda semua akan pergi ke neraka. Saya tak perlu mengugut anda. Pergilah lihat kitab Buddha. Lihat apa yang Buddha katakan tentang jenis orang yang tidak capai apa-apa, tak tahu apa-apa pun tentang Alam Buddha, Dunia Buddha dalaman tetapi keluar dan mendakwa diri sebagai Buddha, malah Buddha Maitreya ini. Anda rasa anda ialah apa? Bagaimana anda memperoleh status Buddha itu? Oh, anda memang tak takut akan neraka! Kembalilah kpd diri anda yg rendah diri. Anda memang perlu pergi cari Guru Sebenar, belajar dulu. Tinggalkan cita-cita rakus anda untuk menjadi ‘Guru ini dan itu’, khususnya mahu orang percaya bahawa anda ialah Buddha Maitreya.Menjadi Buddha Maitreya, anda buat apa untuk manusia? Apakah yang anda buat? Dapatkah anda menaikkan seseorang dari neraka ke Syurga? Dapatkah anda melawan semua syaitan untuk menyelamatkan roh? Dapatkah anda menaikkan orang yang mengikut anda ke Alam Buddha atau Syurga? Dapatkah anda? Pernahkah anda pergi ke Alam Buddha dan tahu macam mana rupanya? Dapatkah anda bawa pengikutmu ke atas sana? Tidak seorang pun daripada anda dapat. Semua orang tahu akan itu. Orang psikik biasa pun tahu akan itu – dapat lihat aura anda malap. Anda tiada aura yang terang. Anda tiada apa-apa pun. Buat apa mendakwa itu saja? Hanya untuk kemasyhuran dan untung.Semua orang yang lain, orang luar, tahu bahawa mereka masih jahil, belum capai apa-apa lagi. Jadi mereka merendah diri, pergi bekerja, mencari nafkah sendiri dan berdiam, tidak bercakap karut atau bercakap bohong. Tetapi anda membawa pengikut ke alam tidak benar, alam palsu. Hanya tambahkan satu lagi alam, satu lagi dunia ke dalam dunia ‘salad campuran’ yang sudah pun kucar-kacir ini. Jadi berdiamlah, pergi mengkaji kitab Buddha dulu, benar-benar bertaubat dan cari Guru Agung yang benar-benar bermakrifat untuk mengajar anda, transmisikan Kuasa dalaman kpd anda supaya anda dinaikkan ke atas dan menjadi santo sebenar.Banyak pengikut saya sudah sampai ke Alam Buddha, Alam-alam Buddha yang berlainan, malah Peringkat Kelima tetapi saya tak berani beritahu mereka. Saya tak nak mengambil risiko ego mereka meninggi. Saya tak nak mengambil risiko kononnya anak murid lain rosakkan mereka dengan memuji mereka, bersujud kepada mereka kerana mereka hebat dan mahukan berkat daripada mereka. Saya mahu setiap daripada kononnya anak murid Tuhan saya sendiri memperoleh tahap makrifat tinggi untuk menjumpai Sifat Buddha atau Roh Tuhan sendiri yang berada di dalam diri anda. “Di dalam diri anda” tak bermakna badan fizikal ini, cuma alam dalaman adalah berbeza.Tetapi alam dalaman juga berada di dalam diri anda. Seluruh Alam Semesta berada di dalam diri anda tetapi anda tak tahu apa-apa pun tentang itu. Anda tak tahu mana-mana pun – anda tak dapat menyelamatkan orang dari neraka dan bawa mereka ke Syurga tetapi mulut besar berani mendakwa bahawa anda ialah Buddha atau membayang-bayang supaya pengikutmu mendakwa bahawa anda ialah Buddha. Anda menipu siapa? Anda tak tahu ke bahawa seluruh Syurga memahami apa yang anda lakukan, lihat apa yang anda lakukan? Anda tak boleh pergi ke mana-mana kecuali neraka jika anda teruskan macam itu. Saya beri amaran kpd anda. Saya hanya cuba bercakap benar dan cuba menjelaskan dengan apa-apa saja cara yang boleh dalam bahasa duniawi ini. Harap-harap anda semua akan memahami dan menghentikan dakwaan berdosa ini bahawa anda ialah Buddha dan sebagainya.Photo Caption: Sesuatu Tempat utk Tenangkan Minda! Minda Dalaman Memerlukannya Lebih daripada Keselesaan Fizikal