Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Betapa Senangnya utk Menyelamatkan Diri Anda!! Bahagian 5 daripada 15

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Seluruh Alam Semesta berada di dalam diri anda tetapi anda tak tahu apa-apa pun tentang itu. Anda tak tahu mana-mana pun – anda tak dapat menyelamatkan orang dari neraka dan bawa mereka ke Syurga tetapi mulut besar berani mendakwa bahawa anda ialah Buddha atau membayang-bayang supaya pengikutmu mendakwa bahawa anda ialah Buddha. Anda menipu siapa? Anda tak tahu ke bahawa seluruh Syurga memahami apa yang anda lakukan, lihat apa yang anda lakukan? Anda tak boleh pergi ke mana-mana pun kecuali neraka jika anda teruskan macam itu. Saya beri amaran kpd anda. Saya hanya cuba bercakap benar dan cuba menjelaskan dengan apa-apa saja cara yang boleh dalam bahasa duniawi ini. Harap-harap anda semua akan memahami dan menghentikan dakwaan berdosa ini bahawa anda ialah Buddha dan sebagainya.

Lihatlah diri anda sendiri. Apa yang boleh anda buat? Buddha pergi ke Syurga, pergi ke neraka, pergi ke mana-mana saja untuk mengajar manusia, bukan sahaja mengajar manusia tetapi juga makhluk Syurga. Dia mengajar di banyak Alam Buddha. Tapi bagaimana dengan anda, apa yang boleh anda buat? Anda pergi ke mana? Adakah anda dibenarkan untuk menjejakkan kaki ke depan Pintu Gerbang Syurga, belum kata lagi masuk ke dalam? Anda semua sendiri tahu akan itu. Jika anda jujur, anda akan benar-benar mengakui itu kerana saya tahu anda tak tahu apa-apa pun. Anda belum pergi ke mana-mana pun – hanya mahukan wang orang serta pemujaan, kemasyhuran dan kekayaan. Itu sangat buruk dan berdosa. Saya beri amaran kepada anda dengan kisah sebenar. Jadi sedarlah! Berjujur. Kembali kepada dirimu yang rendah diri.

Pergi mengkaji kitab Buddha atau mengkaji Bible jika anda beragama Katolik atau Kristian Jangan hanya duduk-duduk saja, habis makan wang orang, menerima tawaran orang, menerima sembah sujud mereka dan sebagainya. Saya tak pernah benarkan mana-mana pengikut saya berbuat demikian. Saya mahu mereka menjadi berdikari, sendiri menjadi Buddha secara beransur-ansur. Tetapi anda tidak buat apa-apa pun, hanya suka mengambil wang dan pemujaan orang, hanya untuk memuaskan ego sendiri. Ego itu akan bawa anda ke neraka kerana anda tak tahu apa-apa pun. Anda langsung tidak bermakrifat. Jika tidak, anda takkan buat segala perbuatan bodoh ini, mendakwa diri sebagai Buddha atau biar pengikut memanggil anda ‘Buddha’.

Sejak berdekad-dekad lalu, saya sudah tahu siapa saya tetapi tidak beritahu sesiapa pun. Hanya tahun lalu, Tuhan dan Syurga mendesak saya supaya lakukannya. Mereka kata dah tiba masanya untuk umumkannya. Jika tidak, saya tak nak. Menjadi Guru biasa dah cukup susah. Mengapa bawa perhatian kpd diri sendiri dan mendapat karma orang? Kerana jika mereka rasa kita ialah Buddha, jika mereka percaya kepada kita, mereka akan gigit kita, akan ingin mencederakan kita atau akan rasa kita tidak bercakap benar dan sebagainya. Menjadi Guru adalah lebih rumit. Hanya Tuhan beritahu saya supaya berkata ‘Mahaguru’ untuk saya, gelaran yang diberikan kepada saya oleh Syurga, oleh Tuhan, itu dah timbulkan begitu byk kesusahan. Pada mulanya, saya keberatan untuk mengatakannya, apalagi berkata bahawa kita ialah Nabi Isa, sama seperti Buddha Maitreya dalam agama Buddha, cuma mereka panggilnya dengan nama-nama yang berlainan tapi itu satu orang, hanya satu Makhluk, Nabi Isa atau Buddha Maitreya.

Tapi siapalah anda, berani menuntut gelaran itu tanpa izin Tuhan? Semua Syurga memerhatikan anda. Saya dah letih bercakap ttg semua ini. Jadi jagalah kelakuan anda. Berubah menjadi lebih baik, atau bersembunyi. Pergi bersembunyi di sesuatu tempat dan biarkan pengikut bersendirian untuk cari jalan mereka yang lebih baik drpd menjadi guru palsu, Buddha palsu dan bimbing mereka ke dlm kegelapan. Itu dosa yang paling besar. Buddha berkata begitu, jadi beri perhatian kpd itu Pergi mengkaji kitab Buddha dulu, kemudian cuba cari Guru bermakrifat untuk menaikkan anda, mengampunkan semua dosa anda dan bersihkan semua karma anda. Jika tidak, anda takkan sampai ke mana-mana pun – anda hanya akan pergi terus ke neraka. Itu saja.

Buddha dah katakannya dgn jelas sekali dalam Kitab Śūraṅgama, bukan saya yang berkata begitu. Kerana ego anda begitu ingin menjadi terkenal serta mengambil tawaran dan pemujaan daripada pengikut disebabkan hati anda menginginkannya macam itu. Tetapi anda tiada pahala dan kuasa yang mencukupi untuk sampai ke sana, jadi maya akan datang, syaitan akan datang dan berikan sedikit kuasa kepada anda untuk membuat anda berasa bahawa anda percayai diri sendiri dan apa yang mereka katakan. Kemudian dgn serta-merta macam itu, anda menjadi ‘Buddha’. Maksud saya, mendakwa diri anda sebagai Buddha. Tak tahu malu! Itu berbahaya bagi anda dan pengikut anda. Bukanlah anda buat apa-apa saja yang anda mahu. Jika anda satu orang saja atau seorang petani atau kerani saja di pejabat, maka mudarat yang anda buat adalah sangat kecil, tetapi anda nak menjadi pemimpin dan memimpin sangat banyak pengikut bersama anda. Itu memudaratkan sangat banyak orang. Sebab itulah karma anda besar, kerana mudarat yang anda buat berlipat ganda. Sebab itulah karma anda sangat berat, kerana anda memimpin banyak orang menjauhi ajaran Buddha yang sebenar, cara hidup penganut Buddha yg sebenar.

Saya harap anda ada IQ yang mencukupi untuk memahami apa yang saya katakan. Bencilah saya jika anda mahu. Saya tahu saya takkan menerima sebarang sikap baik atau mesra daripada anda dan pengikut anda tetapi kebenaran harus diberitahu. Saya mengambil risiko kebencian, balas dendam atau sebarang reaksi negatif anda atas bercakap benar kepada anda. Saya harap anda akan berubah. Jika tidak, mungkin anda pergi ke neraka bawa semua pengikut bersama anda. Itu sebab utama saya bercakap macam ini. Jika tidak, saya terlalu malas nak mengatakannya kerana begitu meletihkan dan membosankan.

Anda tahu tak mengapa saya juga ada gelaran ‘Raja Pemutar Roda Dharma’? Ini kerana saya juga boleh mengajar orang secara lisan, mentransmisikan Kuasa dalaman dan buka Pintu Kebijaksanaan mereka supaya mrk boleh mendapat pembebasan dan secara beransur-ansur jadi Buddha. Meskipun tidak menjadi Buddha, mereka akan pergi ke alam yang lebih tinggi, Alam Buddha yang lebih tinggi, Alam Syurga untuk menikmati kebebasan, kebahagiaan. Jadi itu hanya suatu gelaran yang diberikan kepada saya. Saya tak peduli apa gelaran yg saya ada, secara terus terang dengan anda. Buat apa? Saya boleh gunakannya untuk apa? Saya ini orang yang tidak mahukan apa-apa lagi. Jika saya boleh tinggalkan dunia ini, saya akan gembira. Langsung tiada apa-apa pun di dunia ini untuk buat saya gembira – kebanyakannya begitu memuramkan. Oleh sebab setiap hari saya bekerja untuk rancangan Supreme Master Television, saya perlu lihat segala penderitaan orang-haiwan, orang, peperangan dan sebagainya, segala berita ini. Saya perlu meneliti banyak berita setiap malam atau pada bila-bila saja ada masa.

Jadi tiada apa-apa yang baik di sini, di dunia ini untuk menjadi begitu tamak, ingin menuntut balik gelaran Buddha anda – anda tiada apa-apa pun! Anda tiada kebaikan yang mencukupi. Anda tiada makrifat yang mencukupi. Anda tiada kuasa yang mencukupi. Sebab itulah anda lakukan ini tanpa takut akan hukuman neraka, tanpa takut akan semua syaitan lari di sekeliling anda, berikan segala kesombongan dan keangkuhan palsu kepada anda dan buat anda rasa anda hebat. Mereka menipu anda. Mereka memudaratkan anda. Mereka mahu anda buat segala dosa ini supaya kemudiannya apabila anda mati, anda perlu pergi ke neraka bersama mereka dan mereka boleh menyeksa dan menghukum anda dengan sepuas-puasnya kerana itu apa yang mereka buat. Mereka boleh makan anda juga, maka anda akan habis selama-lamanya. Anda takkan dapat lahir semula di mana-mana lagi. Anda akan hilang. Kerana dimakan oleh syaitan itu, maka anda menjadi bersepadu dengan mereka, di dalam diri mereka dan anda akan hilang selama-lamanya. Anda tiada roh individu lagi selepas itu – anda akan dibinasakan sepenuhnya, semuanya hilang menjadi debu. Sebab itulah syaitan dan iblis benar-benar ingin menipu sebarang jenis orang seperti anda yang hanya mahukan kemasyhuran dan untung tapi langsung tiada apa-apa pun yang layak untuk itu.

Jadi berhati-hatilah. Berubah. Berubah, bertaubat sebelum terlambat. Saya tak dapat bantu anda jika anda pergi ke arah itu kerana anda tidak menuju ke arah yang betul. Saya memanggil anda, berharap anda akan berubah dan berpatah balik, dengan rendah diri pergi belajar dan cari Guru agung, Guru bermakrifat yang ada kuasa yang mencukupi untuk menaikkan anda, hapuskan semua dosa anda dan bantu anda berevolusi menjadi makhluk yang lebih baik. Jika tidak, mustahil anda boleh terlepas dari neraka dan pengikut anda juga akan berkongsi dosa ini, karma paling buruk, kemudian anda semua akan pergi ke neraka, menjadi hamba Raja Maya, raja neraka, contohnya, atau mereka boleh makan sesetengah daripada anda jika anda tidak layak untuk berada di neraka pun kerana anda tak dapat dikitar semula lagi, anda terlalu buruk. Itu sebabnya.

Jadi tolong dengar kata-kata saya buat satu kali. Berpatah balik. Bertaubat, merendah diri, pergi cari Guru. Pergilah, anda memang perlu cari seorang Guru. Berdoa kepada Tuhan, Buddha agar bawa anda kepada seorang Guru, Guru agung yang dapat bantu anda, dapat bersihkan dosa anda dan bawa anda pulang ke Syurga. Guru kesukaan anda, tak semestinya saya. Anda tak perlu mengikut saya tetapi anda perlu dengar kata-kata benar saya, kemudian berubah. Jika tidak, akan terlambat. Semoga Tuhan berkati anda. Semoga Buddha bantu anda. Amin.

Macam ni… Saya bukan bercakap dengan orang-orang ini lagi. Saya bercakap dengan orang awam. Hari ini, sama seperti yang banyak peramal, orang psikik, atau orang terus mata ramalkan bahawa pada tempoh masa ini, semua kejahatan atau syaitan yang tersembunyi dan ajaran buruk, palsu, guru palsu, Buddha palsu akan terbongkar, semuanya akan terbongkar. Orang akan mengetahui mereka. Meskipun orang tidak tahu akan anda sekarang, anda akan terbongkar tak lama lagi. Beri perhatian kepada kata-kata saya. Jadi berubahlah sebelum terlambat. Pada masa ini, setiap perkara jahat, setiap perkara buruk semakin terbongkar. Semua kumpulan jahat yang sebelumnya berkuasa, malah bintang terbaik dan populis terbaik, presiden berkuasa ini dan putera itu yang terkenal, mereka semua menjadi terbongkar, sama seperti di bawah cahaya matahari. Jadi segalanya yang palsu, segalanya yang tidak benar, sebarang peringkat buruk atau niat buruk semuanya akan terbongkar pada tempoh dunia ini – waktu kebinasaan yang sangat berbahaya dan sangat unik. Jadi anda takkan dapat lari ke mana-mana. Anda akan terbongkar juga.

Photo Caption: Hidup dengan Bijak, Menikmati Limpahan Berkat

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/15)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-19
3762 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-20
2742 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-21
2381 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-22
2301 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-23
2133 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-24
2208 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-25
2046 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-26
1914 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-27
1871 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-28
1748 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-29
1641 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-30
1438 Tontonan
13
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-01
1308 Tontonan
14
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-02
1264 Tontonan
15
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-03
943 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
147 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-04
215 Tontonan
1:26
Filem Pendek
2025-07-03
910 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-07-03
269 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-03
943 Tontonan
Filem Pendek
2025-07-02
806 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-02
912 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-02
146 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android