Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Betapa Senangnya utk Menyelamatkan Diri Anda!! Bahagian 6 daripada 15

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Pada masa ini, setiap perkara jahat, setiap perkara buruk semakin terbongkar. Semua kumpulan jahat yang sebelumnya berkuasa, malah bintang terbaik dan populis terbaik, presiden berkuasa ini dan putera itu yang terkenal, mereka semua menjadi terbongkar, sama seperti di bawah cahaya matahari. Jadi segalanya yang palsu, segalanya yang tidak benar, sebarang peringkat buruk atau niat buruk semuanya akan terbongkar pada tempoh dunia ini – waktu kebinasaan yang sangat berbahaya dan sangat unik. Jadi anda takkan dapat lari ke mana-mana. Anda akan terbongkar juga. Jika tidak, maka anda akan alami kesusahan, kemalangan atau mati tanpa ketahuinya terlebih dahulu pun.

Jadi saya hanya cuba bercakap benar kepada anda, berharap anda akan benar-benar cukup rendah diri dan cukup bijak untuk dengar dan berubah kepada Diri sebenar. Kemudian Buddha akan berkati anda. Tuhan mungkin berkati anda dan buat anda menjadi lebih bermakrifat. Kemudian mana tahu, anda boleh benar-benar menjadi guru sebenar. Tetapi ini juga bergantung kepada karma dan hayat lampau anda.

Bagi Buddha, Baginda ambil masa banyak hayat untuk kembali kepada peringkat Buddha semula buat kali terakhir sebagai Buddha Shakyamuni. Mrk bukan datang dari mana-mana saja, sebarang pekan kecil, bandar besar di sesuatu tempat, kemudian tiba-tiba mendakwa diri sebagai Buddha atau bayang-bayangkannya supaya pengikut memanggil mereka sebagai ‘Buddha’. Bukan macam itu. Anda perlu ada sesuatu. Anda perlu tahu bagaimana pulang ke Syurga mana dan bawa pengikut anda. Mana-mana peringkat yang berlainan, itu bergantung kepada karma mereka, dan anda perlu bawa mereka ke neraka untuk menyelamatkan saudara-mara dan kawan mereka yang berdosa, terkurung di bawah sana. Maudgalyayana perlu pergi ke neraka untuk menyelamatkan ibu-Nya, tetapi Beliau pun tak dapat. Beliau ialah biksu berkuasa ajaib nombor satu dalam kalangan anak murid Buddha, salah satu daripada sepuluh yang terbaik.

Tetapi Beliau pun tak dapat menyelamatkan ibu-Nya. Makanan yang ingin ditawarkan-Nya kepada ibu-Nya, disebabkan oleh kasih sayang dan ketaatan-Nya kpd ibu pun, tetap tak dapat ditelannya. Semuanya menjadi panas, terbakar, arang merah dan membakar dia. Begitu pun, karmanya tak dapat dibersihkan dengan penderitaan sebegini. Itu perlukan semua biksu Buddha, berdoa untuk dia selama sangat banyak hari dan mengambil tawaran besar daripada Maudgalyayana untuk menghapuskan dosanya. Selepas itu, dia dapat pergi ke Syurga Tushita. Antara biksu Buddha yang terbaik, berada di sisi Buddha sebenar pun tak dapat melakukannya. Jadi anda rasa anda ialah siapa, mendakwa diri sebagai Buddha? Tak tahu malu. Hentikannya. Kembali kepada Diri Sebenar, kepada Kebenaran, sesiapa pun anda. Saya ulang sekali lagi: berpatah balik, pergi mengkaji agama Buddha dan cari Guru Bermakrifat Agung untuk hapuskan dosa anda dan bantu anda menjadi santo. Semoga berjaya.

Anda boleh mendakwa diri sebagai apa-apa saja, Buddha atau Putera Syurga yang turun ke sini, apa-apa saja, itu tak bererti kerana anda tahu anda berbohong. Anda tahu anda berbohong. Anda tahu anda bukan itu. Anda tahu anda belum capai apa-apa pun. Seluruh Alam Semesta tahu akan itu!!! Mungkin sedikit kuasa ajaib hitam daripada syaitan peringkat rendah yang berikannya kepada anda supaya dapat pergunakan anda untuk menyesatkan orang, kaburkan pengikut yg tak tahu apa-apa. Mereka percayai anda dalam itu. Buddha bukanlah itu.

Meskipun anda mengajarkan qigong dan sebagainya, saya telah temui banyak guru qigong. Saya telah beritahu anda, salah seorang anak murid saya yang merupakan biksu ialah seorang guru qigong yang sangat, sangat sejati. Bukan sahaja kita boleh letak lembing dan tolaknya ke dalam tekaknya tetapi ia tidak menembusinya, dia malah boleh berbaring di atas kaca pecah dan orang menumbuk, menekan dia, letak benda dan memukul dia dari perut ke bawah. Apabila dia bangun, tiada kaca pecah yang masuk ke dalam belakangnya di mana dia berbaring. Dia tak pernah mendakwa dirinya sebagai Buddha. Dia mengikut saya. Dia bawa isteri dan dua orang anaknya untuk mengikut saya. Mereka semua menjadi biksu dan masih ada di sana sekarang, mereka semua. Dua orang anaknya, saya menyara mereka sehingga mereka menjadi sangat besar sekarang, besar dan kuat, dan bekerja untuk dunia secara senyap. Bapa mereka sekarang seorang Bodhisattva peringkat tinggi tetapi tak pernah berkata apa-apa pun. Dia sangat rendah diri, sangat senyap dan hanya buat sebarang kerja di syarikat kami untuk mencari rezeki yang halal supaya tidak bergantung kepada derma sesiapa pun. Saya tidak benarkan mereka menerima derma atau sembah sujud daripada orang yang dia beri inisiasi dgn nama saya apabila saya benarkan, dan dengan Kuasa saya, dah tentu, dengan Kemurahan Tuhan. Dengan Rahmat Tuhan, saya dapat lakukan semua itu dan mereka dapat lakukan semua itu.

Jadi meskipun kita ada hanya sedikit keupayaan dengan latihan, kita tak boleh lompat ke atas dan kata, “Oh, saya seorang Buddha!” Itu memang suatu bohong yang besar. Saya ingatkan anda sekali lagi, pergilah baca kitab Buddha, lihat apa yang Buddha katakan tentang jenis orang seperti anda ini.

“Selepas Ananda mengulangi soalan itu tiga kali, Buddha memberitahu beliau, ‘Selepas nirvana saya, apabila Dharma hampir hilang, Lima Dosa Besar akan mencemari dunia, dan cara syaitan akan berkembang secara melampau. Syaitan akan menjadi biksu utk rosakkan dan hancurkan Jalan saya. Mereka akan berpakaian seperti orang biasa juga dengan selempang bagi biksu. Mereka akan suka menunjuk-nunjuk selempang rukun warna-warni (kashaya). Mereka akan minum arak dan makan daging, bunuh makhluk hidup dgn nafsu terhadap rasa yang enak. Mereka tidak akan miliki minda berbelas kasihan, dan akan saling membenci dan mencemburui.’” ~ Kitab Kehilangan Dharma Akhirnya

Anda tak berbelas kasihan. Anda jawab soalan wartawan bahawa anda “MAKAN APA-APA SAJA”, dengan megahnya bayangkan ini kerana anda telah capai status yang sangat tinggi, jadi anda tidak peduli! Anda malah berkata, “Buddha macam itu juga.” Tetapi Buddha beritahu biksu-Nya supaya singkirkan daging (orang-haiwan) sebelum makan kalau orang berikan daging kpd mereka kerana tidak mengetahui hidup suci, penuh belas kasihan mereka dengan tidak makan bangkai orang-haiwan, jadi mereka boleh hidup dengan darah dan kesakitan!

Buddha juga berkata bahawa dengan makan daging, anda tidak dapat capai Buddhi tertinggi, tidak dapat menjadi Buddha tetapi menjadi syaitan. Maksimum yang boleh anda jadi ialah raja syaitan. Anda tak tahu akan semua itu ke? Saya terlalu sibuk, tak dpt beritahu anda lebih banyak lagi. Anda perlu bacanya. Saya mengambil risiko besar menjadi orang yang tidak disenangi dan entah apa lagi balas dendam Dengan beritahu anda penganut Buddha perkara yang dah sangat asas!

“Tambahan pula, Ananda, jika makhluk hidup di enam jalan mana-mana dunia tiada fikiran membunuh, mereka tidak perlu mengikut kitaran lahir dan mati yang berterusan.” Jika kita tidak membunuh, kita takkan mati atau lahir semula lagi, alami usia tua, penyakit, perpisahan, kesedihan dan segala jenis penderitaan. “Tujuan asasmu memasuki samadhi adalah untuk melangkaui kekotoran yang meletihkan. TAPI JIKA KAMU TAK HAPUSKAN FIKIRAN MEMBUNUH, KAMU TAKKAN DAPAT KELUAR DARI DEBU.” Samsara, dunia ini ialah debu, bermakna dicampak secara berulangan ke dalam debu dan membawa badan berdebu yang dibuat daripada debu ini. Buddha katakannya macam itu, bermakna kita tak dapat keluar dari hidup fizikal.

Jadi, “Meskipun seseorang ada kebijaksanaan dan penjelmaan samadhi Chan,” jika kita bermeditasi, kita ada kebijaksanaan yang datang daripadanya dan samadhi. Tapi, “JIKA SESEORANG TIDAK BERHENTI MEMBUNUH, DIA PASTI MEMASUKI JALAN MAKHLUK HALUS,” bermakna sejenis hantu, dewa, syaitan, dewa rendah, bukan Buddha, bukan Bodhisattva, bukan peringkat Santo. Dia berkata lagi, “PALING TINGGI...” bermakna paling baik bagi kita, “...SESEORANG AKAN MENJADI HANTU YANG AMAT BERKUASA.” “Jika biasanya orang akan menjadi yaksa terbang.” Bermakna ketua hantu atau sejenis hantu. “Di peringkat paling rendah, orang akan menjadi raksasa (goblin) bumi.” Ada jenis-jenis hantu yang berlainan, semuanya ialah hantu. Sekarang kamu tahu mengapa Buddha, Orang Sanjungan Dunia, Guru Bermakrifat berkata begitu. Jika kita tak berhenti membunuh, makan daging, minum darah, kita akan menjadi hantu, malah hantu yang berkuasa, tapi tiada apa-apa yang lain lagi. Betul. Jadi, berhati-hati. Lima Rukun, tak berbohong, tak membunuh.

“Hantu dan jin ini ada kumpulan anak murid mereka. Setiapnya berkata bahawa dirinya telah mendapat Jalan Tiada Bandingannya. Selepas saya wafat...” bermakna nirvana Buddha, “...pada Zaman Penghujung Dharma, gerombolan hantu dan jin ini akan ada banyak sekali, tersebar seperti api yang marak. Mereka berhujah bahawa makan daging akan membawa kita ke Jalan Bodhi.” Mereka berhujah, hantu dan jin ini. Mereka kata jika kita makan daging, kita akan berada di Jalan Bodhi, bermakna kita akan pergi ke arah Buddha, bermakna kita akan menjadi Buddha. Ya Tuhan, karut betul. Mana boleh sesiapa mempercayai itu? Tapi seseorang percaya, jelasnya.

Jadi Buddha berkata, “Oleh itu, Ananda, jika pengamal samadhi Chan...” bermakna meditasi seperti yang kamu lakukan, “...tidak berhenti membunuh, mereka ialah orang yang menyumbat telinga dan menjerit dengan kuat, ingat tiada orang dengar suara mereka. Itu adalah berhasrat untuk sembunyikan apa yang jelas sekali.” Adalah sangat tidak logik berkata bahawa kita makan daging dan akan menjadi Buddha. Mana boleh kita membunuh seseorang dan hidup selama-lamanya? Itu apa yang Buddha maksudkan. Itu tak masuk akal, tak logik. Jadi, “Bodhisattva dan biksu...” bermakna sami tinggi, “...yang mengamalkan kesucian takkan memijak rumput di lorong pun. Mereka lagi takkan mencabutnya dengan tangan. MANA BOLEH SESEORANG YANG ADA BELAS KASIHAN BESAR MENGAMBIL DAGING DAN DARAH MAKHLUK HIDUP YANG BERGERAK DAN MAKANNYA HINGGA KENYANG?”

Tapi anda biarkan diri anda ditunjukkan sebagai ‘Buddha’ dalam patung, dipaparkan sekilas di skrin juga! Anda juga benarkan pengikut anda memfitnah Buddha Amitābha sebagai ‘pembidaah’ berbanding dengan sistem atau/dan ajaran anda yang hanya gerakkan tangan dan kaki. Orang Sanjungan Dunia menerangi seluruh Alam Semesta selama banyak dekad, tak pernah sebut pergerakan gimnastik sebegini sebagai kaedah yang memakrifatkan. Anda pergunakan agama Buddha untuk untung diri yang remeh. Anda sendiri tahu akannya!

Petikan di sini adalah daripada pengikut wanitamu di YouTube: “Từ bỏ niệm A Di Đà trở về với chánh pháp.” Bermaksud, “Berhenti melafazkan Nama Buddha Amitābha yang suci dan kembali kepada Ajaran Sebenar.” Wau, anda memimpin penganut ke NERAKA tanpa henti AVĪCI bersama anda!! Jelasnya, anda cuba hancurkan agama Buddha sementara mendakwa bahawa anda ajarkan DHARMA BUDDHA SEBENAR!!! Begitu jelas bahawa anda ialah musuh semua Buddha, musuh agama Buddha yang mulia!! Atas ini, tiada sesiapa yang boleh pasti sama ada anda akan diampuni dan keluar dari neraka Avīci. Begitu juga dengan pengikut anda yang kesian, mudah terpengaruh. Saya begitu sibuk, tetap perlu mengajar anda asas agama Buddha!?

Ketamakan membutakan anda!!!! Tapi anda bukanlah yang paling teruk. Namun, anda semua tetap berada dalam kategori yang sama, guru palsu, penyemu. Tinggalkan sana sekarang juga pulang ke rumah, jenis anda itu. Bertaubat sepanjang hidup anda. Menjadi sesuatu seperti petani, minimumkan dosa anda. Setelah anda diheret melalui pintu neraka itu, ia akan dikunci selama-lamanya. Tiada sesiapa yg akan dengar suara anda, hanya kesakitan, azab, seksaan dan penderitaan terbesar yang akan bersama anda. Saya hanya boleh menangisi anda.

Saya tak sesal jika saya menyinggung ego anda. Saya perlu bercakap benar, tidak kira apa kesannya. Saya tahu adalah tidak baik bagi saya menyinggung perasaan anda dan banyak pengikut anda. Anda semua mungkin merancang untuk balas dendam terhadap saya, buat sesuatu yang buruk terhadap saya atau apa-apa saja tetapi saya perlu bercakap benar, kerana jika saya tak dapat cakap benar, maka apa yang harus saya buat? Apa yang akan saya buat di dunia ini kecuali membantu orang di dalam, dunia dalaman. Di dunia luar, saya juga perlu laksanakan tanggungjawab saya, iaitu sentiasa bercakap benar.

Saya ada banyak lagi bakat yang luar biasa, bukan hanya biksu ini saja tetapi mereka bukan biksu. Saya juga ada guru Tai Chi Chuan yang mengajar semua polis, bukan hanya mengajar orang biasa. Saya ada segala jenis orang yang merupakan insan yang sangat mulia dalam kumpulan saya, dalam persatuan saya. Kami hanya dgn rendah hati membuat kerja kami untuk selamatkan orang lain. Jika kami tak dapat selamatkan mereka di sini, maka kami akan selamatkan roh mereka dan bawa mereka ke Syurga. Kami buat senaman selepas bermeditasi hanya untuk buat peredaran darah badan berterusan tetapi itu bukan kuasa ajaib untuk memikat orang yang mudah terpengaruh demi kemasyhuran dan untung diri! tetapi itu tidak membuat sesiapa menjadi Buddha. Anda perlu mengetahui itu. Itu perkara asas.

Hanya kerana membuat senaman tak bermakna kita boleh menjadi Buddha, tidak kira apa pun, dan ada sedikit ‘thần thông’ – kuasa ajaib – tak bermakna kita ialah apa-apa. Ingatlah bagaimana Maudgalyayana mati disebabkan oleh kuasa ajaib-Nya. Beliau mati dengan kejam, dahsyat dan dikesali. Buddha telah beri amaran kepada Beliau supaya tidak gunakan kuasa ajaib-Nya tetapi Beliau gunakannya, kemudian akhirnya Beliau terpaksa bertarung dengan banyak ahli sihir hitam yang lain. Mereka melemaskan Beliau di dalam kolam najis manusia. Saya rasa anda perlu mendapat tahu semua itu dan berhenti gunakan kuasa ajaib kecil atau keupayaan kecil yang muncul daripada gim atau tumpuan yang mudah, bercakap besar tentangnya dan gunakannya untuk mendapat kemasyhuran dan kekayaan. Itu perkara yang sangat buruk, dosa paling teruk yang boleh anda buat.

Saya ada seorang anak murid Tuhan yg malah dapat gunakan tangan kosong untuk pecahkan batu kecil, lebih kurang sebesar pergelangan tangan saya. Memecahkan bata dan kepingan kayu adalah lebih senang daripada memecahkan ketulan batu yang begitu kecil, gunakan tangan kosong untuk pecahkan ketulan batu kecil seperti itu, tak lebih besar drpd buku lima saya pun. Buku lima saya pun lebih besar daripada batu yang dipilihnya itu. Dia malah dapat lakukan itu. Kita ada begitu byk orang yang berbakat, tidak semuanya dalam kumpulan saya, dah tentu, tapi maksud saya di dunia kita

ada. Jadi mana-mana drpd anda jangan ingat anda ialah sesuatu yang hebat. Hanya ego anda yang membuat anda berfikir macam itu. Hanya maya yang memperdaya anda untuk berfikir begitu padahal anda tak tahu apa-apa pun, tak dapat buat banyak untuk sesiapa pun. Tetapi anda biarkan kononnya pengikut ini mengangkat-angkat anda dan memudaratkan anda kerana mereka asyik mengepam ego anda, kemudian anda berbuat salah. Anda menjadi angkuh, menuju ke jalan yang salah dan memimpin mrk semua ke jalan yg salah.

Photo Caption: Musim Bunga Roh ialah Waktu Istimewa untuk Diraikan! Dengan Bunga Firdausi, dengan Nektar Syurga

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (6/15)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-19
3905 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-20
2850 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-21
2467 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-22
2413 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-23
2244 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-24
2317 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-25
2171 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-26
2046 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-27
1996 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-28
1876 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-29
1813 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-06-30
1654 Tontonan
13
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-01
1556 Tontonan
14
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-02
1558 Tontonan
15
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-03
1394 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
536 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-05
310 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2025-07-05
223 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-05
555 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
739 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2025-07-04
1 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-07-04
961 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android